b3Long`s cHat..
[TuTuP]

x

sibling

tweet..

Like..

title top menu

Monday, March 9, 2015

Cara buat Socks Remedies untuk merawat demam, batuk dan selsema.



#copypaste

untuk future reference..


Cara buat Socks Remedies untuk merawat demam, batuk dan selsema. Ramai yang bertanya, jadi saya sharekan. Sila simpan artikel ni untuk diguna waktu diperlukan. Lemon atau vinegar socks remedies amat berkesan untuk menurunkan suhu badan yang tinggi akibat demam. Tapi pastikan tapak kaki anak tak sejuk waktu nak buat. Jika tapak kaki sejuk, boleh buat Garlic Socks Remedies. Sape ada soalan bolehlah bertanya, jangan segan2. Buat ikut kaedah yang betul, jangan tersalah, nanti tak jadi.

- Share dari GrupNutrisi RemediAlami M'sia.

Socks Remedies / Penawar menggunakan kaedah stoking.

* Semua penawar yang mahu digunakan perlu lakukan ujian pada kulit anak dahulu..oleskan sedikit bahan yg mahu digunakan, tunggu dalam setengah jam, lihat ada keradangan kulit atau tidak. Jika tidak boleh teruskan, jika ada sila hentikan. Kaedah ini dipanggil PATCH TEST..

Asalnya adalah Wet Socks Remedy / Rawatan Stokin Basah Untuk Demam.

Teknik hidroterapi ini boleh dilakukan di rumah dan boleh membantu mengurangkan demam, menurut University of Maryland Medical Center. Sebelum tidur, rendam sepasang stokin kapas nipis di dalam air, perah dan letakkan stoking basah pada kaki anda. Pakai sepasang lagi stokin lagi dan memakai kedua-dua pasang semasa tidur (double socks).

Semasa tidur, badan anda akan mula mengedarkan cecair limfa dan darah untuk melawan kaki basah, yang juga merangsang sistem imun. Stoking selalunya akan kering pada waktu pagi. Ulangi rawatan selama lima hingga enam malam berturut-turut seperti yang diperlukan untuk mengurangkan demam anda.

Walaubagaimanapun, selain kaedah wet socks menggunakan air biasa, terdapat beberapa penawar semulajadi yang juga sangat berkesan dalam merawat penyakit selsema atau batuk dan demam untuk melawan virus dan bakteria, iaitu :

>>>1. GARLIC SOCKS MERAWAT SELSEMA / BATUK / DEMAM

Letakkan bawang putih pada stokin anak.

Cara untuk bayi atau anak kecil :
1. Pakaikan anak stoking berlubang besar sedikit sprt jenis berkait atau yg berlubang-lubang.

2. Ambil sehelai lagi stoking, masukkan bawang putih yg telah ditumbuk sedikit, tidak perlu lumat, untuk bayi ambil separuh bawang putih dahulu ditakuti kaki anak terlalu kepanasan (tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan sbb kepanasan bawang putih).

Jika bayi tidak selesa, boleh gunakan shj minyak bawang putih yang telah dibuat sprt tips di atas, dan sapukan pada tapak kaki anak.
Cara buat minyak : Bakar seulas bawang putih tanpa buang kulit, lenyekkan pada minyak zaitun (boleh gunakan minyak masak biasa, minyak kelapa, atau minyak yang tiada bahan yang tidak semulajadi)

Untuk anak yg lebih dewasa :

Boleh guna sehelai stokin sahaja atau lekatkan sahaja bawang putih di tumit menggunakan handsaplast.

3. Biar anak tidur semalaman begitu. Selalunya, nafas anak juga akan berbau bawang putih apabila bangun tidur. Tujuannya supaya bawang putih itu menyerap dalam kulit sebagai antivirus .

Garlic enters your system and heads straight for the lungs. Garlic is amazing for the lungs. This is a great way to fight bacterial infections. It also enhances your immune system and fights viruses at the same time

*ONION SOCKS menggunakan kaedah atau cara yang sama seperti Garlic Socks.
*Penawar menggunakan bawang putih ini boleh digunakan untuk merawat apa sahaja penyakit disebabkan virus, bakteria atau fungus manakala bawang merah untuk penyakit disebabkan virus dan bakteria sahaja.


>>>2. LEMON SOCKS MERAWAT DEMAM

Cara merendam stoking dengan jus lemon.

1. Perah jus lemon (lemon organik lebih bagus, jika tiada, guna sahaja lemon biasa) campurkan dalam semangkuk air suam.

2. Rendam stoking beberapa minit hingga benar2 menyerap jus tersebut.

3. Pakaikan pada anak stoking basah tersebut. Biar semalaman.

4. Rendam kembali stoking jika sudah kering ketika tidur dan pakaikan kembali pada kaki.

*Boleh juga gunakan kain dan celup pada jus lemon, kemudian bungkus kaki anak dengan kain tersebut dan pakaikan stoking yang kering pula (1 kain basah dengan jus lemon, lapis dengan 1 stoking kering)

Cara hirisan lemon :

1. Hiris lemon nipis-nipis.

2. Lekatkan pada tapak kaki guna hansaplast atau tak perlu lekat, terus balut dengan stoking.

3. Pakaikan stoking semalaman.

4. Tukar hirisan lemon jika lemon tersebut kering semasa tidur.

>>>3. APPLE CIDER VINEGAR (ACV) / CUKA EPAL MERAWAT DEMAM

1. Ambil ACV kira-kira 2-3 sudu besar, campurkan dalam semangkuk air suam. Atau ikut kadar 1:1

2. Rendam stoking beberapa minit hingga benar2 menyerap jus tersebut.

3. Pakaikan pada anak stoking basah tersebut. Biar semalaman.

4. Rendam kembali stoking jika sudah kering ketika tidur dan pakaikan kembali pada kaki.

*Boleh juga gunakan kain dan celup pada ACV bercampur air suam tadi, kemudian bungkus kaki anak dengan kain tersebut dan pakaikan stoking yang kering pula (1 kain basah dengan ACVn, lapis dengan 1 stoking kering)

*Boleh juga menggunakan cuka kurma atau cuka putih biasa.

Bagaimana sifat asid lemon / acv membantu merawat demam atau menurunkan suhu demam panas?

Ini kerana sifat asid membantu menarik haba daripada kulit dan menarik haba keluar dari kepala dan bersurai ke seluruh badan. Apabila haba dapat bergerak ia menjadi satu alat aktif untuk melawan jangkitan.

Kenapa di kaki?

Kerana kaki kita mengandungi kepekatan yang lebih tinggi kelenjar peluh daripada seluruh badan kita, ia membantu dalam pembebasan haba.-Dr. Mehmet Oz, MD (http://www.sharecare.com/user/dr-mehmet-oz)

>>>Selain itu, boleh juga menggunakan PUTIH TELUR (bagi yang tidak alah pada telur, dan anda akan lihat putih telur seakan masak setelah menyerap haba daripada badan) .

>>>Jel LIDAH BUAYA / ALOE VERA fresh daripada daunnya juga boleh digunakan merawat demam dengan cara sapukan jel pada seluruh tapak kaki dan pakaikan stokin, oleskan lagi jel tersebut 2-3 kali diwaktu pesakit sedang tidur.

Terima kasih pada yang share.. Me panjang-panjangkan lagi untuk kebaikan..


Assalamualaikum..

LadyofGee

Friday, March 6, 2015

Jangan Tertipu!!



Jangan tertipu!
Duduk sebelah anak main, tapi mata kita hala ke TV, tangan layan wassap, itu BUKAN 'bonding' dengan anak-anak namanya!
Psikologi pendidikan anak-anak menekankan konsep "attachment", iaitu pembentukan 'bonding' antara ibubapa dan anak-anak.
'attachment' yang baik sangat penting bagi perkembangan emosi dan psikologi kanak-kanak, yang akhirnya akan mempengaruhi perilaku anak-anak apabila dewasa.
'secure attachment', akan terbentuk apabila ibubapa sensitif dengan keperluan emosi anak-anak, memahami komunikasi anak-anak dan mampu memenuhi keperluan emosi anak-anak secara konsisten secara cepat dan berkesan.

Jangan ambil mudah dengan tarbiyyah anak-anak kecil. Setiap perilaku kita dan apa yang mereka lalui akan disemat rapi kedalam 'unconscious' dan 'subconscious mind' mereka.
Jadi ibu bapa yang sibuk dengan teknologi hari ini jangan menyesal bila remaja anak tak dengar cakap.

Tarbiyyah anak-anak is a 'one way trip'..tak boleh putar balik masa nak perbetul di kemudian hari, jom perbetul diri sekarang. Jom duduk bercerita, main masak-masak dan kereta dengan anak-anak macam kita buat dulu-dulu..zaman sebelum ada wassap dan telegram!
Peringatan untuk diri sendiri dan semua yang bergelar ibu bapa.

#copypaste FB Dr Rozanizam Zakaria


Thursday, March 5, 2015

Vaksin atau Tidak Vaksin



#copypaste from Facebook Dr Zainur Rashid Zainuddin

share here untuk bahan bacaan semua.. tiada niat untuk menyokong anything either vaccine or not to vaccine.. i know this topic is actually a very hot debate among mommies out there.. then what ever it is.. the choice is yours.. and tolong jangan ambil mudah setiap pilihan mereka.. vaccine or not vaccine they have their own reason..

for me.. am still reading, searching and digging the pro and cons.. then will decide later..

========================================================================

Apakah pandangan atau pendirian Tuan Doktor terhadap immunisasi?

Boleh dikatakan hampir setiap minggu saya menerima soalan-soalan daripada orang ramai berkenaan dengan suntikan vaksin atau immunisasi yang dilaksanakan oleh KKM.
Saya mempunyai pengalaman bekerjaya di dalam bidang perubatan sejak 21 tahun yang lalu di Ireland, UK, Malaysia serta sedikit pengalaman kerja di Arab Saudi.
Daripada pengetahuan, kajian dan pengalaman yang ada ini, saya konsisten dengan pendirian untuk menyokong usaha yang dilakukan oleh KKM.
Pendirian ini juga telah mendapat sokongan daripada pihak-pihak berwajib yang lain seumpama JAKIM.
KENYATAAN AKHBAR BERSAMA
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA DAN
KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA


PENJELASAN TERHADAP KERAGUAN SUNTIKAN VAKSIN (IMUNISASI)

1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyedari ada di kalangan ibubapa yang agak khuatir dan ragu-ragu untuk memberikan suntikan vaksin atau imunisasi kepada bayi mereka ekoran daripada berita-berita dan khabar angin yang tersebar luas di media baru yang mengatakan bahawa vaksin mengandungi bahan-bahan haram dan membahayakan yang boleh mengancam kesihatan dan nyawa manusia. Juga turut disebarkan ialah program imunisasi yang dijalankan oleh Kerajaan adalah bertujuan untuk melemahkan umat Islam. Semua berita yang tersebar ini dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan sebenarnya boleh mendedahkan anak-anak dan masyarakat kita dengan kemungkinan dijangkiti penyakit-penyakit merbahaya yang boleh mengancam nyawa.

2. Program Imunisasi Kanak-Kanak Kebangsaan telah dijalankan oleh Kerajaan sejak tahun 1950an. Imunisasi bertujuan untuk mencegah 12 jenis penyakit berjangkit disebabkan oleh bakteria dan virus tertentu, diberikan percuma kepada bayi dan kanak-kanak di klinik kerajaan. Kematian kanak-kanak telah menurun sebanyak 85% bagi tempoh 1970 hingga 2000, antaranya hasil dari peningkatan skop perkhidmatan kesihatan termasuk imunisasi. Imunisasi juga telah berjaya membasmi cacar (smallpox) dari dunia ini. Manakala polio telah berjaya dibasmi di kebanyakan negara di dunia, termasuk Malaysia. Imunisasi bukan saja melindungi penerimanya tetapi juga menghalang penyebaran penyakit tersebut.

3. Vaksin tidak mengandungi bahan-bahan yang boleh merosakkan tubuh manusia. Ia mengandungi bahan aktif dari bakteria atau virus iaitu antigen yang membantu tubuh manusia menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit apabila dijangkiti. Vaksin juga mengandungi komponen lain seperti bahan pengawet (preservatives dan additives) serta adjuvant. Setiap komponen dan bahan ini memainkan peranan penting dalam pengawalan kualiti, keberkesanan vaksin serta keselamatannya.
4. Semua vaksin yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). Vaksin-vaksin ini telah dinilai mengikut keperluan piawaian antarabangsa termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dari aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanannya (efikasi).

5. Kesan sampingan akibat imunisasi selalunya adalah ringan dan tidak berbahaya berbanding dengan kesan jangkitan penyakit itu sendiri. Kesan sampingan yang kerap dilaporkan adalah demam dan sakit di tempat suntikan. Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, KKM sentiasa memantau kesan sampingan akibat imunisasi di semua fasiliti kesihatan. Sehingga kini, tiada tindakan regulatori terhadap vaksin akibat kesan sampingan.
6. Sebarang kesan sampingan akibat vaksin juga dilaporkan kepada WHO dan data dikongsi dengan semua negara. Justeru, sebarang kesan sampingan berbahaya dapat diambil tindakan secara bersepadu pada peringkat antarabangsa.

7. Sekiranya terdapat sebarang keraguan atau sebarang kesan sampingan selepas imunisasi, masyarakat boleh membuat laporan kepada mana-mana ahli profesional kesihatan atau terus kepada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan melalui talian 03 - 7883 5400 atau emel ke bpfk@bpfk.gov.my.

8. Dari aspek pandangan syarak pula, imunisasi merupakan satu jalan pencegahan. Pencegahan adalah perkara yang amat dituntut dalam Islam sesuai dengan kaedah Usul Fiqh iaitu سد الذريعة .
9. Al-‘Aili Abdul Hakim dalam buku Mausu‘ah Huquq al-Insan fi al-Islam, menyifatkan kesihatan individu merupakan tuntutan agama dan kehidupan, di mana ia akan memberi manfaat kepada kehidupan seluruh umat manusia. Dalam isu ini, vaksin bukan lagi merupakan kehendak seseorang, tetapi bahan pencegah ini kini menjadi keperluan kepada masyarakat secara umumnya.

10. Fenomema ibubapa enggan memberikan suntikan vaksin kepada anak-anak mereka di klinik-klinik adalah amat membimbangkan. Perbuatan ini bukan sahaja merbahaya kepada anak-anak yang merupakan generasi masa depan kita, tetapi juga boleh menjadi punca merebaknya jangkitan penyakit-penyakit merbahaya tersebut.

11. Dalam hal ini Islam amat menitikberatkan keselamatan umat manusia. Sesuatu perkara yang hendak dilaksanakan untuk maslahah ummah hanya diperakukan oleh syarak sekiranya tidak bercanggah dengan Maqasid Syar’iyyah iaitu menjaga agama, nyawa, aqal, keturunan dan harta. Menurut fuqaha’, sebarang penyakit perlu dihindari, dirawat dan diubati. Dalam konteks ini pencegahan daripada sebarang bentuk gejala yang boleh menjejaskan kesihatan dan nyawa adalah menjadi pegangan dan keutamaan ajaran Islam.

12. Imunisasi adalah satu cara pencegahan yang dapat dilakukan bagi mengelakkan penyakit-penyakit merbahaya yang mengancam nyawa khususnya kanak-kanak seperti campak, tibi, batuk kokol, difteria, tetanus atau polio. Penggunaan vaksin dalam program imunisasi bagi mengelak bahaya penyakit-penyakit yang berkenaan adalah diharuskan oleh syarak selaras dengan Kaedah Fiqhiyyah iaitu درء المفاسد مقدم على جلب المصالح (Menolak Kerosakan Adalah Didahulukan Daripada Mencari Kemaslahatan) kerana sesuatu kerosakan akan cepat berkembang dan bahayanya adalah lebih besar sekiranya tidak dicegah daripada awal. Keharusan ini juga adalah berdasarkan Firman Allah s.w.t dalam surah Al- Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu kedalam bahaya kebinasaan.

13. Islam memang pada dasarnya menegah penggunaan ubat dari sumber yang haram untuk mengubati sesuatu penyakit berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Dari Abi Darda’ RA, Rasulullah s.a.w. berkata: Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan penawar, dan Dia telah menjadikan bagi tiap-tiap penyakit itu penawar, maka kamu semua berubatlah dan janganlah kamu semua berubat dengan (perkara-perkara) yang haram”.

14. Walau bagaimanapun, dalam keadaan dharurat di mana tiada ubat lain yang boleh digunakan secara berkesan untuk mengubati sesuatu penyakit, sedangkan sesuatu penyakit itu perlu dicegah dan dirawat untuk memelihara kesihatan diri dan nyawa, ubat yang bersumberkan perkara-perkara yang ditegah adalah diharuskan selama mana tiada ubat lain dari sumber yang halal ditemui dan ianya dilakukan mengikut kadar yang diperlukan sahaja.

15. Berdasarkan ketetapan dan panduan syarak tersebut, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia sejak dari tahun 1988 lagi telah mengeluarkan beberapa pandangan hukum yang berkaitan langsung dengan imunisasi yang seharusnya menjadi panduan seluruh umat Islam, antaranya Imunisasi Hepatitis B Menurut Islam, Pandangan Islam Terhadap Imunisasi Campak, Tibi, Batuk Kokol, Difteria, Tetanus Dan Polio, Ubat Pelalian Rubela (Imunisasi Rubela), Hukum Suntikan Pelalian Vaksin Meningococcal Meningitis Oleh Orang Islam, Hukum Penggunaan Vaksin Biothrax Dan Vaksin Rotateq Yang Menggunakan Unsur Babi Dalam Proses Penghasilannya, Hukum Pengambilan Vaksin Human Papilloma Virus (HPV) dan Hukum Penggunaan Vaksin Meningitis Menveo. Maklumat-maklumat mengenai keputusan tersebut boleh diperolehi melalui Portal e-fatwa (www.e-fatwa.gov.my).

16. Sukacita pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan JAKIM menasihatkan seluruh masyarakat supaya tidak mudah terpengaruh dan percaya dengan berita-berita yang disebarkan dalam pelbagai saluran media oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Sekiranya timbul keraguan atau perlukan pengesahan, eloklah merujuk kepada pihak berkuasa supaya penyebaran isu-isu seumpama ini tidak menimbulkan kegelisahan kepada masyarakat seluruhnya.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

=======================================================================

Terima kasih FB Dr Zainur Rashid Zainuddin

Well mommies the choice is yours.. ;)


Assalamualaikum..

LadyofGee


Wednesday, March 4, 2015

Tips Menjaga Anak Untuk Ibu Bekerjaya

#copypaste

This is a good thing to share.. and alhamdulillah.. most of the shared tips memang me praktikkan pun..
as always yang me selalu repeat.. make your dinner is a family time..
ajak anak-anak sembang tanya pasal apa aktiviti dia segala..
if you really sibuk and need to continue work at home pun. pleassss no phone especially on dinner table..

no need to bebel panjang.. just enjoy reading.



TIPS Ibu Bekerjaya 1

Pertama sekali, jangan rasa bersalah dan jangan cuba untuk melakukan segala-galanya pada satu masa hanya kerana anda tidak mempunyai banyak masa dengan anak anda.

Ada cara-cara yang mudah untuk meluangkan masa yang berkualiti dengan anak anda, walaupun anda bekerja sepenuh masa:

TIPS Ibu Bekerjaya 2

Tetapkan rutin supaya anak anda tahu bila dia dapat berjumpa anda. Contohnya, pada hari bekerja, pastikan andalah yang mengejutkannya dari tidur, memberinya sarapan, dan jika boleh, membawanya ke pusat penjagaan. Pada waktu petang pula, ambillah dia dari pusat penjagaan dan berbual-buallah tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukannya pada hari itu.

✔  TIPS Ibu Bekerjaya 3

Apabila anda besama anak anda, tumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Maka padamkanlah telefon bimbit, televisyen dan komputer supaya anda bebas bermain dan bermesra dengannya. Ini sangat penting terutamanya jika anda hanya dapat bersamanya pada hari minggu.

✔  TIPS Ibu Bekerjaya 4

Jadikan waktu makan waktu yang istimewa. Galakkan anak anda membantu anda memasak atau menyediakan makanan seperti mencuci sayur-sayuran atau beras. Kemudian, duduk bersama sebagai satu keluarga dan gunakan masa itu untuk berbual tentang aktiviti masing-masing pada hari itu. Walaupun jika anak anda masih belum boleh bercakap, dia pasti gembira dapat melihat anda dan makan bersama-sama.

✔  TIPS Ibu Bekerjaya 5

Jika waktu bekerja anda panjang, sekurang-kurangnya cubalah untuk bersama-samanya ketika makan malam, mandi dan waktu tidur.



✔  TIPS Ibu Bekerjaya 6

Luangkan hari minggu dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan seperti pergi ke taman permainan, membuat kerja seni bersama-sama, atau pergi berenang.



✔  TIPS Ibu Bekerjaya 7

Apabila anda sedang bekerja, cuba elakkan sebarang gangguan. Rancangkan tugas-tugas rumah tangga pada waktu yang tetap setiap hari supaya ia tidak mengambil waktu bekerja anda. Maklumkan waktu bekerja anda kepada rakan-rakan dan ahli keluarga dan mintalah supaya mereka tidak menghubungi anda pada waktu tersebut.



✔  TIPS Ibu Bekerjaya 8

Anda juga perlukan ruang untuk bekerja. Jika anda tidak mempunyai bilik khas sebagai ruang bekerja, anda mungkin boleh mengambil sedikit ruang di ruang tamu, di tepi tangga, dalam bilik tidur, ruang kosong di tepi rumah ataupun stor.


✔  TIPS Ibu Bekerjaya 9

Secara idealnya, carilah tempat di mana kerja anda boleh ditinggalkan tanpa anda perlu mengemasnya setiap kali. Jika perlu, simpan bahan-bahan yang anda gunakan untuk bekerja di tempat yang tidak boleh dicapai oleh anak anda seperti di rak yang tinggi atau dalam almari yang berkunci.


✔  MOMS extra tips

Jika anak anda merajuk apabila anda pulang pada waktu petang atau pada hari minggu, cubalah bersabar dan jangan salahkan diri anda. Kemungkinan besar dia cuma rindukan anda dan ingin dibelai dan diberi perhatian.



Credit to  http://isumeleleh.blogspot.com/

LadyofGee

Tuesday, March 3, 2015

Yeaaa.. Free Lunch Sapa Mau..



alhamdulillah.. hari ni got free lunch..
kalau hari-hari cam nih kan bagus.. hahaha..
some one is good enuff to open table for us..
tak kisahlah janji perut me kenyang.. kui kui kui.. 


nasi beriani chuollsss.. dengggg what a big portion..
memang tak laa nak abis kan..


depa amik kesempatan celebrate closing CNY..
lambung lah.. lambung..


as always.. end up.. ke dalam lah depa.. petang2 karang me sambung makan.. 
tak pun balik rumah lah sambung makan lagi..
this is my always problem which i cant stand finish food at one time.. 
kena makan banyak2 kali.. 

oklah.. itu sahaja nak habaq.. hari ni makan free..
sebab mengantuksss gila akibat dari memakan nasi..
nothing to cerita.. then cerita pasal makan free yang tak ada apa yang best pun.. 
orite... kbai... hahahaha..

Assalamualaikum.. 

LadyofGee

Monday, March 2, 2015

Bento with resepi : Homemade Nugget Taufu


alhamdulillah setakat ni blum lagi missed sediakan bekal untuk Miss Sunshine..
Miss Sunshine ni peaky eater and makan nasi bila ada mummy and daddy saja..
and dia request nak makan2 simple saja untuk dibawa bekal..
lagipun school dia break 15minit saja.. tak sempat kot kalau bawa bekal yang remeh2 ni..
so far.. me bekalkan apa yang dia suka.. variety of roti, donut, variety of nugget.. but never sosejlah..


honestly seronok bila berbento nih..
kalau rajin nak design macam2 kat lunch set anak..
me tak sempat sangat takda masa.. coz nak kena arrange many more things..
simple2 saja.. but its really make her day..
morning2 Miss Sunshine tgk roti ada bentuk2 dia dah senyum meleret..
balik school tak sabar2 tunjuk lunch box yg dah empty.. 
wut aaa happy feeling.. :)

kadang me teringin jugak nak bekalkan dia something like nasi goreng or mee ka.. which require me to cook for her lah..
pernah tanya dia memang dia taknak.. since dia duk suka nuget2 segala.. budak2 kan..
come in to my mind to search for nuget homemade..
punyalah seronok rasa hati bila jumpa resipi mudah.. paling best you boleh add sayur like brokoli or carrot kompom depa tak tau..
yeaaaaa!!! at least even dia makan nuget pun, air tangan mummy diaaaaaa...!!!!!!

share the recipe here.. thanks for the owner..
lets try this recipe uols!!!


Bahan-bahanya ( kalau nak buat separuh adunan pun boleh)
400gram daging ayam kisar
250gram taufu lembut
1/2 biji telur
sedikit garam
200gram serbuk roti warna putih ( guna 6 keping roti biasa, toastkan dan kisar halus)
lada sulah
2 sudu kecil baking powder ( ni tak nak letak pun takpe)
* boleh tambah sayur, cincang brokoli / carrot.


*Untuk Coating*
2 biji telur yang dipukul sedikit menggunakan garpu
180gram serbukroti warna oren

*Coating Tempura*

1 cawan tepung gandum,
1 sudu tepung beras,
1 biji telur
garam
air letak agak2 mcm bancuhan goreng pisang.

kalau tempura goreng dulu bg tepung melekat...dah sejuk simpan tempat beku....


Cara-Caranya

1. taufu diletakkan dalam bekas brelubang (tapis) dan biarkar sebentar lebih kurang 1/2 jam bagi mengeluarkan air yang terdapat daripada taufu lembut tu.

2. Kemudian masukkan semua bahan dalam bekas adunan kecuali bahan coating, kacau sebati, dan pastikan semuanya mesra, selepas itu bolehlah dibentukkan mengikut bentuk yang digemari. Jika adunan nugget ni terlalu lembut boleh tambahkan lagi serbuk roti warna putih tu ataupun sapukan sedikit minyak masak pada tapak tangan supaya mudah untuk membentukknya.

3. Akhir sekali coating nugget tadi, pecahkan telur di dalam bekas kecil dan pukul sikit menggunakan garpu, celupkan nugget dan salutkan dengan serbukroti berwarna oren, ulang langkah tadi sehingga semuanya selesai. kalau nak coating yang lebih tebal celupkan sekali lagi dalam adunan telur dan salutkan sekali lagi dengan serbuk roti warna oren tu.


4. Simpan di dalam plastik bersih dan sejuk bekukan, sebelum digoreng, selamat mencuba. Satu sajian nugget ayam yang berkhasiat untuk si manja anda, khasiat kalsium dan vitamin dari taufu lembut tu amat baik untuk kesihatan.

Assalamualaikum..

Monday, February 23, 2015

Oh my Ganung.. Edisi memBalas Dendam..


alhamdulillah.. setelah dua kali di cancel percutian balik kampung..
akhirnya.. sampai juga kami ke kampung kali nih..
plan raya haji cancel sebab semua diserang sakit mata..
plan akhir tahun pun cancel sebab jalan runtuh di grik..

even tak banyak hari.. 1 hari drive balik kg, 3 hari kat kampung, 1 hari drive balik penang.. 
tapi seronok.. sebab kali nih balik..
we really enjoy the bonding time.. kiddos with nenek.. 
daddy and mummy with siblings and all the nieces..
and yang paling penting dapat makan apa yang nak makan.. 
balas dendam balik raya itu hari semua dibantai demam sampai tak boleh nak bangun.. 

antara menu yang dibedal tanpa rasa bersalah..
rugi aa balik kampung diet.. yer dak..
uiiii the last day, hari ke tiga baru boleh dapat makan nasi dagang dengan jayanya tau..
banyak kuih muih yang rare2 dah habis bile lambat sampai..
orang ramai ambik kesempatan balik kampung and mencari makanan rare
 yang hanya boleh dapat kat kampung saja..
got a few lagi yang me bedal yang memang tak dapat kat luar terengganu..
since tak banyak hari.. at least main thing nak makan, me dapat merasa.. 
lepas lah mengidam anak-anak cacing dalam perut me nih..


and this time.. berjaya melunaskan planning janji yang tak jadi-jadi..
yeahhh.. we all berkesempatan buat BBQ malam raya (raya cina laaa)..
even semua cam kepenatan.. sebab di siang hari nya we have our girls date day..
dapat terlepas dengan anak-anak berjalan and shopping sakan..
haishhh heavennye sesekali kan kan kan.. 


miss sunshine & cousins.. bila tak jumpa duk sibuk tanya..
bila dah jumpa pantang lepa gaduh jer.. 
love uols.. miss uol ready..



on our way back.. alhamdulillah jalan tak lah jam sangat..
just banyak juga kereta and pemandu2 yang menyusahkan orang..
kalau tak.. we might save 1 or 2 hours journey.. 
nak wat camana.. pemandu2 kat malaysia memang kadang hurmmm.. 
takpa la i reserved my words lah.. hahaha..


berhenti makan di Bukit Bunga..
i had nasi kerabu!! yes!! huhuhu..
and try this ABC kelapa.. RM6.. rasa nya FAIL!!!!
and amazingly tak shopping apa pun.. 
even banyak sangat segala maknek kat tepi jalan tuh..
tak rasa nak pandang pun.. maybe sebab dah sakan shopping masa kat kampung..
hiew...hiew... hiew..


and finally after around 14hours di jalanan..
stop tido dalam 2/3 jam dekat setiu..
kalau tidak maybe reach earlier.. 
we savely reached our home sweet home.. 

berakhirlah sudah jimba-jimba cuti panjang kali nih..
next will be on May.. cuti pun dapat empat hari..
planning maybe Cameron or Krabi.. 
simpan dulu angan-angan sebab sekarang di dunia nyata..
depan lappy di meja opis...
so apa lagi... chiowwwww... sambung wa kerja..

assalamualaikum..

LadyofGee