This is a good thing to share.. and alhamdulillah.. most of the shared tips memang me praktikkan pun..
as always yang me selalu repeat.. make your dinner is a family time..
ajak anak-anak sembang tanya pasal apa aktiviti dia segala..
if you really sibuk and need to continue work at home pun. pleassss no phone especially on dinner table..
no need to bebel panjang.. just enjoy reading.
TIPS Ibu Bekerjaya 1
Pertama sekali, jangan rasa bersalah dan jangan cuba untuk melakukan segala-galanya pada satu masa hanya kerana anda tidak mempunyai banyak masa dengan anak anda.
Ada cara-cara yang mudah untuk meluangkan masa yang berkualiti dengan anak anda, walaupun anda bekerja sepenuh masa:
TIPS Ibu Bekerjaya 2
Tetapkan rutin supaya anak anda tahu bila dia dapat berjumpa anda. Contohnya, pada hari bekerja, pastikan andalah yang mengejutkannya dari tidur, memberinya sarapan, dan jika boleh, membawanya ke pusat penjagaan. Pada waktu petang pula, ambillah dia dari pusat penjagaan dan berbual-buallah tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukannya pada hari itu.
✔ TIPS Ibu Bekerjaya 3
Apabila anda besama anak anda, tumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Maka padamkanlah telefon bimbit, televisyen dan komputer supaya anda bebas bermain dan bermesra dengannya. Ini sangat penting terutamanya jika anda hanya dapat bersamanya pada hari minggu.
✔ TIPS Ibu Bekerjaya 4
Jadikan waktu makan waktu yang istimewa. Galakkan anak anda membantu anda memasak atau menyediakan makanan seperti mencuci sayur-sayuran atau beras. Kemudian, duduk bersama sebagai satu keluarga dan gunakan masa itu untuk berbual tentang aktiviti masing-masing pada hari itu. Walaupun jika anak anda masih belum boleh bercakap, dia pasti gembira dapat melihat anda dan makan bersama-sama.
✔ TIPS Ibu Bekerjaya 5
Jika waktu bekerja anda panjang, sekurang-kurangnya cubalah untuk bersama-samanya ketika makan malam, mandi dan waktu tidur.
✔ TIPS Ibu Bekerjaya 6
Luangkan hari minggu dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan seperti pergi ke taman permainan, membuat kerja seni bersama-sama, atau pergi berenang.
✔ TIPS Ibu Bekerjaya 7
Apabila anda sedang bekerja, cuba elakkan sebarang gangguan. Rancangkan tugas-tugas rumah tangga pada waktu yang tetap setiap hari supaya ia tidak mengambil waktu bekerja anda. Maklumkan waktu bekerja anda kepada rakan-rakan dan ahli keluarga dan mintalah supaya mereka tidak menghubungi anda pada waktu tersebut.
✔ TIPS Ibu Bekerjaya 8
Anda juga perlukan ruang untuk bekerja. Jika anda tidak mempunyai bilik khas sebagai ruang bekerja, anda mungkin boleh mengambil sedikit ruang di ruang tamu, di tepi tangga, dalam bilik tidur, ruang kosong di tepi rumah ataupun stor.
✔ TIPS Ibu Bekerjaya 9
Secara idealnya, carilah tempat di mana kerja anda boleh ditinggalkan tanpa anda perlu mengemasnya setiap kali. Jika perlu, simpan bahan-bahan yang anda gunakan untuk bekerja di tempat yang tidak boleh dicapai oleh anak anda seperti di rak yang tinggi atau dalam almari yang berkunci.
✔ MOMS extra tips
Jika anak anda merajuk apabila anda pulang pada waktu petang atau pada hari minggu, cubalah bersabar dan jangan salahkan diri anda. Kemungkinan besar dia cuma rindukan anda dan ingin dibelai dan diberi perhatian.
Credit to http://isumeleleh.blogspot.com/
LadyofGee
No comments:
Post a Comment