assalamualaikum.. hari ni cerita pasal bento lagi..
almaklumlah si anak hari-hari berbento yer.. orang kampung macam kita ni panggil bekal jer yer idok.. zaman laaa nih semua nak canggih manggih bento le manggil nyer..
ikut peredaran zaman lah kate ko..
well hari nih.. as always miss sunshine me just bekalkan her dengan food yang mudah dan dia makan lah of kos yer..
Hari ni menu nye apam senyum mekar mewangi.. jejari ayam and ayam pop corn.. alhamdulillah.. so far apa yang dibekalkan habis la dengan syarat bawa makanan yang dia makan.. huhuhuhu..
so kalau mummy tak mau kecewa bawa saja apa yang dimakan si anak peaky eater nih..
Setakat nih mummy tak ada la nak menghias sakan bento si anak.. ala kadar saja lah yer anak..
janji perut diisi dan anak boleh meneruskan pembelajaran dengan perut yang kenyang.. hahaha..
entah apa-apalah ayat nyer heh!
Acelli mummy tak cukup aksesori.. busy lerrrrrrr.. nanti la kalau berkebetulan singgah mana-mana yer anak..
Well.. nak cakap banyak pun tak perlulah yer.. mari kita cek resipi bagi ayam pop corn..
miss sunshine cakap sedap la bawak ayam pop corn mama.. well... anything for you my sweet heart..
BAHAN BAHAN
Ayam boneless
*Tepung goreng ayam Adabi
*1 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
*1 1/2 sudu besar rempah kari
*1 sudu kecil serbuk lada sulah
sedikit garam dan gula
Bahan untuk kisar
1/2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
3 sudu besar susu segar
1 biji telur
breadcrumbs secukupnya (kalau ada) tak buh pun tak apa..
CARA CARA
1. Ayam potong dadu kecil2. Kecil mana dependlah nah sesedap rasa saja.. Cuci bersih, toskan. Sampai betul2 kering.
2. Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali yang bertanda (teung dan rempah2) dan telur. Perap selama 30 minit atau lebih.
3. Dah siap perap masukkan telur yg dah dipukul tadi kedalam mangkuk berisi ayam. Gaul sampai sebati
4. Satukan bahan-bahan yang bertanda (Tepung dan rempah2). Kalau rajin ayak lagi cantiklah.
5. Golekkan ayam ke dalam adunan tepung sampai rata dan goreng hingga kekuningan or sampai masaklah.
Atau kalau nak guna kan breadcrumbs.
1. Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali telur dan breadcrumbs. Perap selama 30 minit atau lebih.
2. Dah siap perap masukkan telur yg dah dipukul tadi kedalam mangkuk berisi ayam. Gaul sampai sebati
3. Masukkan sedikit ayam tadi kedalam plastik / bekas pun boleh then masukkan breadcrumbs. Goncang2 sehingga breadcrumbs menyeliputi ayam tersebut.
4. Goreng didalam minyak penuh sehingga perang keemasan.
Tadaaaaaa.. satu lagi resepi mudah.. yer dak.. boleh buat banyak-banyak buh dalam esbok.. settle masalah mummy bagi yang ada masalah anak nallaaaaa western punya peaky eater.. huhhuhu..
my fevret girl.. miss sunshine si peaky eater..
start schooling makin "tinted"
penang panas trok kot.. haishhh kesian lah hai anak..
oklah.. chill thank for visit nah..
Assalamualaikum.
LadyofGee
No comments:
Post a Comment