Jangan tertipu!
Duduk sebelah anak main, tapi mata kita hala ke TV, tangan
layan wassap, itu BUKAN 'bonding' dengan anak-anak namanya!
Psikologi pendidikan anak-anak menekankan konsep
"attachment", iaitu pembentukan 'bonding' antara ibubapa dan
anak-anak.
'attachment' yang baik sangat penting bagi perkembangan
emosi dan psikologi kanak-kanak, yang akhirnya akan mempengaruhi perilaku anak-anak
apabila dewasa.
'secure attachment', akan terbentuk apabila ibubapa sensitif
dengan keperluan emosi anak-anak, memahami komunikasi anak-anak dan mampu
memenuhi keperluan emosi anak-anak secara konsisten secara cepat dan berkesan.
Jangan ambil mudah dengan tarbiyyah anak-anak kecil. Setiap
perilaku kita dan apa yang mereka lalui akan disemat rapi kedalam 'unconscious'
dan 'subconscious mind' mereka.
Jadi ibu bapa yang sibuk dengan teknologi hari ini jangan
menyesal bila remaja anak tak dengar cakap.
Tarbiyyah anak-anak is a 'one way trip'..tak boleh putar
balik masa nak perbetul di kemudian hari, jom perbetul diri sekarang. Jom duduk
bercerita, main masak-masak dan kereta dengan anak-anak macam kita buat
dulu-dulu..zaman sebelum ada wassap dan telegram!
Peringatan untuk diri sendiri dan semua yang bergelar ibu
bapa.
#copypaste FB Dr Rozanizam Zakaria
No comments:
Post a Comment