b3Long`s cHat..
[TuTuP]

x

sibling

tweet..

Like..

title top menu

Thursday, November 13, 2014

Laksa Penang - Sardin Dalam Tin

Hari ni ujan lebat lagi di Penang.. Opss semalam lah kiranya..
lately almost every nite la ujan kat sini especially our area..
hikmahnya tinggal di kaki bukit kan.. kat area orang cuaca elok ja, area kami nanti redup.. orang ujan sikit.. kami dengan lebat beserta ribut petirnya.. huhuhu.. November Rain kata ko..

Ok, tak nak cita pasal ujan.. acelli bahan dah ada siap dah.. plan nak buat weekend.. dah dua weekend terlepas sebabnya asyik duk meronda saja.. ntah camana laa duk drive sambil layan jamm ujan-ujan tuh terlintas laa nak buat laksa nih.. tergedik-gedik dah rasa aihh nak buat jugak..

arwah mak selalu la pening dengan perangai anak perempuan dia sorang ni.. kalau dah dia kata nak buat toksah dilarang.. kalau tak nak usah disuruh.. pukul 3 pagi pun bleh bangun semata nak basuh pinggan.. hahaha.. sabaq la ma bleh anak perempuan lagu nih..

since penyakit R nih memang rare sangat lah nak mai.. then bila dia mai toksah di tangguh-tangguh laa.. jalan ja truih nah..

So toksah duk babbling panjang-panjang lah.. kita tengok gambaq2 yang kami sempat snap la nak buat laksa neh ya.. then kami nanti tempek resepi skali kat bawah nah..


Bahan - Bahan 

1 pek laksa - kami beli laksa yang siap dah.. tapi rebus jugak la dalam air mendidih
1 tin sardin size besar * - tak perlu buang sos dia nah.. boh skali jah..
1 inci belacan *
2 sdb cili *
1 1/2 bawang besar *
10 keping asam keping - depend nak rasa masam tara mana, kami suka masam.. kata laksa penang
1 1/2 bunga kantan - kami racik -racik sikit, tak buh seketoi..
daun kesum
garam
perasa
gula merah /gula
air - untuk blend bahan-bahan bertanda, dan secukupnya untuk buat kuah laksa ikut kepekatan yang hampa mau..
pes udang

Dedaun - rerampai
lettuce
bunga kantan
cili padi
daun pudina
timun
limau nipis
bawang besar

p/s >> untuk laksa sekilo ni nah..


Cara nak buat

1. Hampa p pasar.. cari dan beli bahan-bahan kat ataih nuh.. kami selalu carik kat Mydin mall jah.. tak sempat nak p pasar.. hehehe..
2. Blend kan bahan-bahan yang dah kami tanda kan tuh.. sardin, belacan, cili boh bawang besar dan air..
3. Dah blend cantik, masukkan dalam periuk.. then tambah lagi air.. mengikut kepekatan yang hampa suka laa..
3. Masukkan asam keping
4. Dah mula mendidih boleh la nak buh garam, perasa gula semua..
5. Masukkan pes udang.. tapi nak bagitau hampa satu rahsia laa.. kami buh BUDU.. tak buh pes udang.. hahahaha.. kami satu family memang tak makan.. selalu beli laksa kami nanti tambah budu.. sedap baq hang.. since buat laksa sendiri.. kami buh BUDU.. peace.. optional ehh..
6. Masukkan bunga kantan dan daun
7. Sementara tu hampa sediakan lah rerampai and rebus laksa tuh..
8. Dah perasa kan kuah laksa tuh tengok hampa punya taste masam masin maneh semua.. kalau dah ok semua.. tadaaa...



ni lah antara bahan-bahan dia, cili boh tak termasuk plak dalam gambaq..
kita ada sardin dalam tin, bawang besar, bunga kantan, daun kesom, asam keping and belacan


blend semua bahan-bahan yang patut di blend, tambah air sikit..
kang meletop plak blender hampa..


dah blen semua campakkan dalam periuk and tambah lagi air..
ikut suka hampa nak pekat tara mana..


dia dah mendidih masukkan bahan-bahan perasa semua..
and campak lagi bunga kantan yang dah diracik and daun kesum..
daun kesum tu kami patah-patahkan ja..


nin dia rerampai yang kami sediakan..
buh dalam talam truih.. hahaha


siap untuk disantap..
cara koboi ja.. tak dak masa mak ko nak persiap-persiap dia cecantik..



bismillah.. ngap laahh.. sebanyak mana ko mampu.. 
alhamdulillah..


Hampa try laaa.. mudah sangat weihhh... sejam ja dah boleh makan.. tak terkata sedap baq hang.. lepas nih tak payah beli-beli kat kedai dah nak makan laksa.. hampa pun tak payah penat-penat nak mai penang dah nak makan laksa penang.. buat sendiri ja nah.. 

Assalamualaikum.. 



LadyOfGee.




No comments:

Post a Comment