Dolu dolu punya cerita, me honestly tak
suka makan pisang..
selain dari makan pisang ni sinonim dengan
makanan m*nk*y hahaha.. entah, me pun tak tau pasai pa tak suka sangat
aih dengan pisang.. mungkin sebab rupa dia yang tak menarik.. tak pun kaler
pisang tuh tak termasuk dalam me punya fevret kaler.. karut!! tapi goreng
pisang panas-panas sedap kot.. cekodok pisang kurang tepung pun sodap..
nasib bek penyakit berlagak tak makan
pisang nih tak turun kat miss sunshine..
miss sunshine ni pulak sebaliknya lah
haiii.. kalau nampak pisang ibarat kan nampak buah-buahan yang sangat lah
luxury kata omputih.. sangat lah menghargai setiap biji pisang yang dibeli
daddy.. especially kalau dapat pisang emas yang comel2 tuh.. sekali hadap boleh
pi sampai 5-6 biji..
but lately lepas anak pun semangat saja
makan pisang nih.. me pun macam dah reti dah makan pisang boleh ja hadap sama makan pisang ngan miss sunshine.. so
boring2 me balun sama pisang tengok miss sunshine makan macam best ja.. hampa
tau dak sebenarnya pisang nih sebenarnya banyak gila khasiat dia.. so sapa-sapa
hak eksyen tak makan pisang tuh mai sini tengok khasia pishaaaaannggg..
========================================================================
Pisang memberikan tenaga kepada manusia
dengan kadar segera dan berterusan. Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi
– sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian.
kalau yang tak tau.. ni lah rupa pisang..
hampa saja aih kalau tak tau..
karuttt.. karuttt..
ni lah si pishang emas nya..
rupa-rupa begini.. kompom lah pisang yer..
Fakta Dan Khasiat Sebenar Buah Pisang
Kajian yang telah dibuat menunjukkan
bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit.
Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan
itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa
jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.
Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang
dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada
mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi
tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh
manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya
membuatkan kita berasa gembira.
PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja
pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam
darah, yang boleh mengembalikan mood anda.
Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi,
pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak
langsung membantu dalam kes-kes anemia.
Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar
potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan
tekanan darah.
Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di
sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan
pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang
yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan
menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).
Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai
diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.
Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan
keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang
bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula
kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu
pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.
Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid
semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung,
cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.
Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari
untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.
Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga,
cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai
yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.
Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang
tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.
Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria
mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti
coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati
kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga
menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam
darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk
mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.
Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser
kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga
bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan
bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.
Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan
pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu
mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk
memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).
Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang
terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang
dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang
membaikpulih mud kita.
Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin
berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam
pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap
tubuh.
Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital,
yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan
mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita
naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula
dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.
Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New
England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu
mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!
Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif)
berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat,
kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan
sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan
menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat
semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang
mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5
kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya
dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.
Jadi mungkin inilah masa untuk berubah
kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan
doktor!”
PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah
penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap
masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit
pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain
kering. Menakjubkan!
Ini fakta dan bukan auta.. and me copy
paste this benefit of pisshangggggg.. dah tau khasiat pisang kan? kan? pass nih
makan pisang nahhh toksah nak eksyen sangat.. hiew hiew hiew..
*sumber gambar dari google nah.. tak pernah plak beli pisang snap pix.. sorry.. and thanks to owner pic pisang nih
Assalamualaikum..
LadyofGee