b3Long`s cHat..
[TuTuP]

x

sibling

tweet..

Like..

title top menu

Wednesday, August 29, 2012

Si Adik..

Dah lama cite si Princess tak masuk blog mama kan sayang..
Mama awak sekarang nih mengantuk sesangat..
Time lunch malas sangat nak kluar, rasa cam nak slowly start cool down a bit my eating habit..
hahahahaha.. lepas raya macam melampau-lampau jer me melantak..
So, dah lunch hour, our benefit, relaks laa kan..
Time tengah keja blum lagi menyarat kan kepala otak nih..
Menimbun-nimbun ajer tuh tunggu Q..
tapi me tak dak feel dowh.. mood cutik lagi uols.. sabor jer lah haku.. hahahaha..
So me rase nak menempek nempek picas si adik hari nih..

Buat yang selalu singgah, adik dah p school uols.. hahahaha..
Alhamdulillah.. dalam me duk risau-risau pasal sekolah adik..
survey punya survey dah memang rezeki adik,
 mama manage to get one chinese kindy..
yang ada buat 2 intake every year.. memang rezeki adik sesangat..

1st day at school, macam2 mama dia fikir..
takut dia menangis ker mengamuk ker..
Sekali, di babai nya mama & papa nih.. Siap suruh mama & papa dia balik dulu..
1st week, quite problem skit.. dia mau p school, tapi macam tension sikit..
nampak macam dia tak seronok..tp nak p school..
Teacher called papa dia, cakap dia buli & beat friends kat school..
Banyak diam, and perhati sahaja.. phiewwwww..
mama & papa sangatlah risau at that time..
apa kes junior membuli senior ni? adoooilaaa adik.
.awat laa p buli & beat friends..
Sebabnyer.. dia tak faham friends communicate since they communicate with Mandarin and jugak sebabnyer, she as usual, she want to control everything.. hahahaha..
tak nak share stationaries..
nak friends follow her macam bb sitter treat her.. adeh!!

But now, everythings ok already.. she sangat seronok pegi school..
Teacher pun citer she dah bleh adapt school life now..
Dah pandai berkawan, dah tau bersosial with friends..
Tak lama, just take a week.. alhamdulillah.. lega rasa mama..
So excited every morning wake up bila cakap adik cepat bangun p school.. huhuhuhu..

Uniform for every Monday..
So setiap Monday pakai ler uniform nih..

Hehehehe.. tu dia.. kecik ajer kan kat school nampak..
Duk ingat dia besar la sangat..

Nih semua buku school dia..
Itu baru class 4 tuh.. 5 & 6 nanti tak tau la camana..

Be good girl sayang.. 
Rajin-rajin p school adik sayang..

Sambutan Hari Raya..
Kalau kawan mesti nak dengan boy kan..
its 4days before raya.. hahaha
teacher-teacher tak sabar nak raya kot eh adik..
mentang-mentang xramai malay yer kat sana..


Selamat Merdeka Raya..
Tu dia yang tecit-tecit tu..
hehehe tecit jer dia.. yang teriak pun ade.. 
tomeyyyyy ler budak-budak.. 

Okeylah, me nak sa,bung buat testing nih..
pening mata kepala segala.. adooooii laaa.. 
nanti sambung lagi citer si adik nih.. 








Monday, August 27, 2012

Its so true..

Dont Simply Judge People around you.. 
What they do.. 
Only they know reason why.. 



Only GOD knows why...


Thursday, August 16, 2012

Mood Tak Sampai..


Ke mana menghilangnya mood me nih...
Mood dah kelaut.. dah tak tau ntah ke mana-mana dia..
Semua orang pun dah tak dak mood nak keja kan?
Asyik duk counting nak rayer jer kan kan..
Good lah untuk uol..
Me nih to be honest, mood nak raya pun tak ada..
Since my mom dah passed away..
Raya everythings not so excited..
Others out there maybe excited nak balik kampung halaman..
I dont even mind if my other half cakap, xbalik kampung..
Or jom balik kampung..
I'll just follow..
But demi suami dan anak-anak me gagahkan juga..
Its not fair right for kiddos, they dont know anything..
They have the rights to enjoy the raya..
Anyway, me still enjoy shopping baju raya for my other half and kiddos..
Preparing raya cookies..
The only thing, the excitement..
Maybe am still at office dengan my task yang melambak-lambak nih..
Membataskan my mind to feeling lebih-lebih pasal nak raya..
Yea.. tak sabar.. tak sabar nak cuti..
I just want a long leave to release and relax my mind..

Tuesday, August 14, 2012

Lamb Chop & Blackpepper Mushroom Sauce

Hari ahad weekend.. 23rd iftar.. Dah semakin parah and kekurangan idea apa untuk dimasak and dimakan untuk iftar.. Lastly me dapat idea untuk buat Lamb Chop saja.. But agak terlebih rajin, me buatkan sauce dia sekali.. Selalunya, tibai dengan black pepper sauce ajer.. ahakss.. alaaaa alang-alang barang nyer ada kan.. belasah saja laa..

Tinggal dah beberapa hari lagi nak return to hometown.. So me and hubby punya concern sekarang to finish out, barang-barang basah dalam esbok.. Jom, check my Lamb Chop & Blackpepper Mushroom Sauce. Alhamdulillah.. Sedap.. Sedap dari makan kat kedai and bleh makan sampai puas.. Kalau kat kedai sekeping Lamb Chop dah berapa kan kan? Hihihihi..


My kambing di perap buat sementara..
Sementara tuh kita layan FB, usha-usha blog orang..


Tada.. my Lamb Chop wif Mushroom Sauce..
Sedap.. Menjilat Jari..

LAMB CHOP

Bahan-bahan :
5 keping daging kambing
1 biji bawang besar *
1 ulas bawang kecil *
1 inchi halia *
1 sudu besar lada hitam ditumbuk
3 sudu besar sos black pepper
1 sudu kecil, serbuk kunyit
1 sudu besar madu
1 sudu besar kicap
Sedikit garam,
Sedikit perasa,
Sedikit mentega untuk menggoreng

Cara-caranya :
1. Kisar bahan-bahan *
2. Campurkan semua bahan-bahan dan digaulkan dengan daging kambing, perap selama 2 jam, lagi lama perap, lagi bagus.
3. Gunakan sedikit mentega untuk menggoreng daging kambing.



BLACKPEPPER MUSHROOM SAUCE
Bahan-bahan:

1 biji bawang besar, didadu kecil
1 ulas bawang putih, dicincang
3 sudu makan sos blackpepper
1 paket Vono’s Mushroom Original Soup
250 ml air panas
Cendawan butang
secubit Garam
sedikit mentega untuk menumis


Cara-caranya:

1. Panaskan sedikit mentega didalam kuali. Tumis bawang putih dan juga bawang besar sehingga bangkit baunya.
2. Masukkan sos blackpepper dan gaul rata.
3.Masukkan cendawan dan masakkan sehingga cendawan lembut.
4. Dalam mangkuk yang berasingan, campurkan air panas bersama  Vono’s Mushroom Original Soup . Kacau sehingga ia sebati.
5. Kemudian tuangkan sup ini kedalam kuali dan kacau rata biarkan ia mendidih.
6. Masukkan sedikit garam. Padamkan api, siap dah sos untuk lamb chop. Boleh dituangkan pada lamb chop anda.

Monday, August 13, 2012

Biskut Arab Suji

Malam minggu me buat lagi satu jenis biskut raya..
Biskut nih favret me masa kecik2 dulu..
Biskut Arab Suji..
Dah berganti obeng ni kan.. hihihi..
Pantang ada rasa nak membaking ajer..
Menjadik laa kek or biskutnya kan..


Bahan - Bahan

1 tin kecil 125G minyak sapi
3 sudu besar susu tepung
1/2 cawan gula ising
Tepung Gandum
Kismis / Ceri untuk hiasan.
Gula ising 

Cara-cara :
1. Uli tepung gandum bersama dengan mingak sapi sehingga adunan tidak melekat di tangan, tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut.. Sebab tu me tak letak brp byk tepung gandum. Normally me buat biskut gandum depend on the doh.. Kalau lembut adunan tambah lagi.. 
2. Masukkan gula ising. Me guna sikit ajer gula sebab at the end nanti nak gaul biskut dengan gula plak kan.
3. Masuk kan susu tepung.
4. Uli semua bahan.
5. Bulatkan dan letakkan hiasan kismis / ceri..
6. Bakar 10-15 minit in 100degree.
7. Sesudah masak, angkat dan anginkan sehingga sejuk..
8. Gaul bersama gula aising..
9. Siap dah.. boleh terus ngap nak masuk tupperware ker sesuka hati hangpalah.. hihihihihi.. ;)



Sunday, August 12, 2012

Bubur Kacang Hijau & Sagu

Hari nih dah puasa ke berapa ek?
Teruk kan? Puasa ke berapa pun tak ingat dah..
Yang tau raya hari Ahad.. boleh plak.. huhuhu..
Since semalam Sabtu, me masak lah.. 
Hari nih buat kan bubur kacang hijau buat berbuka.. 


Simple one how to cook it.. 

1 peket kecil kacang hijau..dlm 200G
Air Secukupnya.. me letak 1 1/2 inch melebihi paras kacang hijau..
Secawan Santan
Sehelai daun pandan
3 sudu besar gula melaka
3 sudu besar gula
3 sudu besar sagu
Sedikit Garam

Cara masak : 

1. Rendamkan kacang hijau dalam 2 jam 
2. Masukkan kacang hijau dan air, sukatan air melebihi 1 1/2 inch dari aras kacang hijau. Masakkan sehingga kacang hijau kembang dan lembut
3. Masukkan sagu, masakkan sehingga sagu kembang. Tambahkan air kalau perlu.
4. Masukkan daun pandan kemudian santan.. kacau perlahan-lahan..
5. Masukkan gula melaka.
6. Masukkan gula dan sedikit garam.. Sedia untuk di hidang.. 


Selamat berbuka..