b3Long`s cHat..
[TuTuP]

x

sibling

tweet..

Like..

title top menu

Saturday, September 27, 2014

Hati Ini Akan Selalu Memuja mu



#songoftoday


Selamanya
Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu
Seumur hidupku hanyalah padamu

Waktu
Dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya

Indah
Ku menutup mata
Satukanlah hati

Jadikan malam ku lebih indah
Jadikan siang ku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya

Selamanya
Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu
Seumur hidupku hanyalah padamu

Waktu
Dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya

Indah
Ku menutup mata
Satukanlah hati

Jadikan malam ku lebih indah
Jadikan siang ku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya

-Mewangi-Akim



Kasih Kau Seorang_Lady Of Gee 

Friday, September 26, 2014

Jangan..



Jangan cepat melatah.. 
Jangan cepat menuding.. 
Cuba duduk.. cari cermin.. 
cermin diri..



Assalamualaikum..


Lady of Gee





Thursday, September 25, 2014

Hello again Mr. Crab!!



Requested from my other half before he fly on the next day.. 
hasil tuaian dia pasaq malam.. 2 ekoq nih dah sekilo plus2 dah.. 
dua ekoq cukup lah.. me tak reti makan.. since kiddos pun xpandang..
kalau other half takdak sebelah hai jangan harapla... 
and antara lauk yang takkan sentuh kalau pi makan kat luaq..
unless other half yang amikkan and he's there to spoon feed me lah.. hahahaha..



as nak makan pun style ratah2 ja without any carbo 
so, me decide masak simple2 jer..
campak2 ja lah.. asal jadi barang and nyaman di tekak..
nyummmmsss... alhamdulillah meriah isi crab nih.. 
So cek resepi kat bawah.. resipi campak-campak saja..

2 ekoq ketam, potong dua bahagian
Minyak untuk menumis
4 biji Bawang putih, 1 biji bawang besar - blend
2 sb cili kisar
2 sb sos tomato
1 sb sos tiram
sedikit cuka masakan
garam, perasa
secawan air

Cara Masak : 

Panaskan minyak dalam kuali
Masukkan cili kisar dan tumis sampai pecah minyak and naik bau
Masukkan bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar tunggu sampai pecah minyak and kering
Masukkan sos tomato dan sos tiram
Masukkan 2 ekoq ketam tadi and secawan air tunggu sampai mendidih sikit masukkan garam dan perasa
tunggu sampai kering dan bleh la hidang.. 

Sedap bangat haishhh... Alhamdulillah..

Sekian.. 


Assalamualaikum..







Andai Lelaki Tahu..



#kopipes #sharingiscaring



✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

✔ ANDAI LELAKI TAHU...
Sememangnya ALLAH menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh ALLAH indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

* Hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.


Lady Of Gee....




Wednesday, September 24, 2014

Tuhan.. Jaga Dia Untukku


#songoftoday




-Jaga Dia Untukku-Siti
Mahu ku bersama
Mahu ku ke sana diriku tak disini lagi
Waktu tak bicara
Lama terasa seakan terhenti mengiringiku

Tenanglah duhai jiwa
Tebarlah tulus doa
Ku kepadanya saatku tiada

Tuhan Jaga dia untukku
Kala ku masih jauh
Bagai menghitung resah berkepingan berderaian

Tuhan Jaga dia untukku
Selamanya ku ada
Mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi dia

Terbangkan diriku
Bersayap seribu biar detik menjadi laju
Langit pun mendengar
Jadi penawar mengusir debar jatuh ke dasar

Tenanglah duhai jiwa
Tebarkan tulus doa
Ku kepadanya saatku tiada



Mungkinkah ini menguatkan kita
Lambang cinta ku dan dia


_Kasih Kau Seorang_ Lady of Gee



Wanita Luar Biasa..



#kopipes

kopipes je keja.. hehehe.. sharing is caring... 


Lady of Gee





Monday, September 22, 2014

Ragam Peniaga Meniaga Online..



Zaman sekarang ni semua benda dah mudah kan..
Bak kata orang zaman technology..
semua dah ada kat hujung jari ja baq hang..
hampa nak tengok apa.. nak carik apa semua ada..
start lah dari gossip retis-retis, apa-apa info politik..
 hampa nak carik petua ka apa ka.. ujung jari ja jemah..
janji hampa rajin la mencarik nya .. macam me nih..
me memang suka la kan bab mengorek-ngorek resipi, petua-petua bagai nih..

sama lah cerita dengan shopping pulak nih..
la nih semua senang dah.. tak payah dah hampa nak kena kluaq time lunch ka apa..
tak pun nak time off sat ka apa ka semata nak p carik or survey barang..
hampa duk ja depan lappy ka desktop.. or phone hampa yang canggih manggih tuh..
search ja.. dapat, dah berkenan ukuq saiz badan sendiri..
or kalau jenis hak fussy-fussy macam me nih..
memang la berhari-hari dulu la pikiaq sblm buat keputusan nak beli..
carik dulu testimoni-testimoni and tgk gak laa testimoni tuh logik ka membohong ka..
hak nih kena pakai pikiran waras skit laa.. kalau ikut hati hampa ja.. punah beb..

dah berkenan segala.. pun.. cita senang jugak la kan..
tak payah dah hampa nak p beratuq segala nak bank in duit kat seller..
hampa online la jugak kan..
even seringgit pun hampa bleh ja la nak transfer duit tu.. janji akaun hampa berduit ja.. khennnn..

dolu-dolu, agak pantang gak lah nak menyopping online nih..
sebab me nih jenis perangai payah sikit nak adapt..tak berani nak try kata ko..
bila dah try.. and dapat plak seller yang best and barang tuh plak kita tak tau nak p carik kat mana..
uishhhhh.. best plak jadik nya.. khennn.. addicted kah? ekekeke..
tapi seller nih macam-macam peel jugak sebenaqnya..
yang servis baguih tip-top tuh.. memang terbaik laa..
salute kat hampa.. pasni bleh repeat ja order.. tak carik orang lain dah..
memang melekat kat hampa ja..

tapi ada jugak yang jenis.. sekali order dia ok ja.. bila repeat mula dia buat perangai..
barang tak sampai berminggu.. bila tanya dia buat-buat terkejut plak..
aishh.. kak hampa jangan la nak pakai trick ala-ala team mate kami kat Bangalore India sana tuh kak.. lemau kak.. pastu.. dak dah la.. sori kak, pangkah..

hak jenis salah hantaq barang pun ada jugak..
gigih laa kami hak memang dah malas nak kluaq lunch ni.. sebab opis pun sapak atas bukit..
p beratuq plak p antaq balik barang kat hampa..
perkara yang memang me sangat malasss and dalam setahun memang kosong kali p pos opis neh..
pastu dengan postage pun burn cam tu jah.. sampai sudah..
malas lah nak bising setakat 6 -7 hinggit tu.. suka ati lah.. adehh..
kami gigih p shopping online sbb malas la nak p kluaq, malas nak drive nak hadap nak kena Q bagai segala.. malas.. malas..  tapi.. tak dak makna lah shopping itu.. so, sori jugak, pangkah..

ada gak kena ngan seller hak jenis acuh tak acuh.. berangin semacam..
juai barang cam kami nak beli cam nak mintak sedekah..
hampa kira beruntung dik non..
orang-orang spesies me nih la paling senang hampa nak meniaga..
sebab sebelum me beli barang memang me survey habis dah..
me akan pm hampa tuk tanya harga mau bagi berapa and no account ja..
tapi kalau servis hampeh hampa juai la barang tara mana elok pun..
sorry hambik laa aihh barang-barang hampa..
tak nak meniaga duk diam-diam jangan duk update sakan.. tapi servis hampeh.. hahaha..



uiiiiiiiiii.. panjang hai membebel aih.. setakat nih la dulu ekk.. sat lagi meeting.. nak prepare sat.. ejas-ejas pitching sikit.. sat lagi nak melantun-lantun kan sogha.. hehehe...

assalamualaikum..


Lady of Gee