b3Long`s cHat..
[TuTuP]

x

sibling

tweet..

Like..

title top menu

Tuesday, September 18, 2012

Al Kisahnya.. Melalak pulak..


Ade budak melalak kat sekolah pepagi hari nih..
this is the 1st time budak nih melalak..
tak pernah even sekali melalak pun..
even 1st day at school pun dia tak melalak..

Awak dah buat mama awak sangat lah susah hati..
Mama bukan boleh tengok anak mama nangis..
Sangat lah mencair hati nih anak ooiii..
Lagi pulak, Sebab awak kalau melalak nanti awak marah semua orang..
Mama awak nak buat kerja pun dah tak leh nak concentrate nih..
Dah la hari nih Tuesday blues..
Kerja plak dari last week memang menggamp*ng ajer..
adoooiii laaa sayang.. tak nak laaa macam nih...

Bila duk pikir pikir kan balik..
Apakah sebab si gegurl nih tido lewat ker semalam?
Ermm.. Dia pernah tido lagi lewat dari semalam..
Abes kenapa plak one kind ajer peel budak kecik nih..

Hurm.. mama awak rasa awak melalak pasal nih..


Last Week : Picas with uncle nya.. Way back peknek / family day club at Gua Kelam, Perlis.. Singgah dekat Padang Besar, sesedar uncle dah bought him this "fuhhh.." dia sangat lah seronok.. first time in her life dia dapat bubble balloon.. *rambut berselerak lepas mandi kat Gua Kelam*


Last Week : Cerita tak habis di situ, hari-hari request nak main "fuuhhh" tu sampai la menda alah tuh habis.. menderalah si papa nya yang baru balik dari kerja nunggu kan si gegurl main kat bawah.. huhuhuhu..
This Week : Jumpa uncle & aunty lagi.. adoooii laa uncle ko belasah beli yang lagi canggih siap berpistol lampu liplap bagai.. yang tak canggih dah tak nak.. dua2 skali uncle ko kasik la gegurl ooooii.. 


Ermm.. dah seronok main dengan uncle semalam kan..
dari dapat yang tiup "fuuhhh" katenye..
alahaiii dapat pulak yang mcm pistol..
seronok kan.. sampai lupa papa & mama dah..
balik pun xmau dah.. amboii awak kan..
seronok di rasuah dek uncle & aunty ek..

Mama just called your teacher..
nasib baik.. teacher cakap she's ok.. no crying..
hurm.. ok, then..
so solution lepas nih?


Mode : Pening la kepala duhai anak...



Sunday, September 2, 2012

Welcome September 2012!!

Sekejap jer kan? dah nak masuk quarter end 2012..
Dah masuk September 2012..
Welcome September!!
Dengan ini, my hectic life will begin, again..
With assignment, notes & classes..
Work? Tak payah cakap laa... buat penat.. 
Will still the same, will never end..
My other half plak just waiting for the date.. for his travel..
Bakal bekejar-kejar, berpening-pening and my migrain waiting laa kan..
Sabor jer lah.. bukan senang nak berjaya kan???

Well..
Esok, my schedule to collect modules from Uni..
For new coming sem preparation.. 
Good luck for me..
Azam, to have a better result.. 
Even result for May sem blum release.. 
I knew its not so good result.. 
Semoga DIA permudahkan segalanya.. 



p/s : picas credit to Google




Wednesday, August 29, 2012

Si Adik..

Dah lama cite si Princess tak masuk blog mama kan sayang..
Mama awak sekarang nih mengantuk sesangat..
Time lunch malas sangat nak kluar, rasa cam nak slowly start cool down a bit my eating habit..
hahahahaha.. lepas raya macam melampau-lampau jer me melantak..
So, dah lunch hour, our benefit, relaks laa kan..
Time tengah keja blum lagi menyarat kan kepala otak nih..
Menimbun-nimbun ajer tuh tunggu Q..
tapi me tak dak feel dowh.. mood cutik lagi uols.. sabor jer lah haku.. hahahaha..
So me rase nak menempek nempek picas si adik hari nih..

Buat yang selalu singgah, adik dah p school uols.. hahahaha..
Alhamdulillah.. dalam me duk risau-risau pasal sekolah adik..
survey punya survey dah memang rezeki adik,
 mama manage to get one chinese kindy..
yang ada buat 2 intake every year.. memang rezeki adik sesangat..

1st day at school, macam2 mama dia fikir..
takut dia menangis ker mengamuk ker..
Sekali, di babai nya mama & papa nih.. Siap suruh mama & papa dia balik dulu..
1st week, quite problem skit.. dia mau p school, tapi macam tension sikit..
nampak macam dia tak seronok..tp nak p school..
Teacher called papa dia, cakap dia buli & beat friends kat school..
Banyak diam, and perhati sahaja.. phiewwwww..
mama & papa sangatlah risau at that time..
apa kes junior membuli senior ni? adoooilaaa adik.
.awat laa p buli & beat friends..
Sebabnyer.. dia tak faham friends communicate since they communicate with Mandarin and jugak sebabnyer, she as usual, she want to control everything.. hahahaha..
tak nak share stationaries..
nak friends follow her macam bb sitter treat her.. adeh!!

But now, everythings ok already.. she sangat seronok pegi school..
Teacher pun citer she dah bleh adapt school life now..
Dah pandai berkawan, dah tau bersosial with friends..
Tak lama, just take a week.. alhamdulillah.. lega rasa mama..
So excited every morning wake up bila cakap adik cepat bangun p school.. huhuhuhu..

Uniform for every Monday..
So setiap Monday pakai ler uniform nih..

Hehehehe.. tu dia.. kecik ajer kan kat school nampak..
Duk ingat dia besar la sangat..

Nih semua buku school dia..
Itu baru class 4 tuh.. 5 & 6 nanti tak tau la camana..

Be good girl sayang.. 
Rajin-rajin p school adik sayang..

Sambutan Hari Raya..
Kalau kawan mesti nak dengan boy kan..
its 4days before raya.. hahaha
teacher-teacher tak sabar nak raya kot eh adik..
mentang-mentang xramai malay yer kat sana..


Selamat Merdeka Raya..
Tu dia yang tecit-tecit tu..
hehehe tecit jer dia.. yang teriak pun ade.. 
tomeyyyyy ler budak-budak.. 

Okeylah, me nak sa,bung buat testing nih..
pening mata kepala segala.. adooooii laaa.. 
nanti sambung lagi citer si adik nih.. 








Monday, August 27, 2012

Its so true..

Dont Simply Judge People around you.. 
What they do.. 
Only they know reason why.. 



Only GOD knows why...


Thursday, August 16, 2012

Mood Tak Sampai..


Ke mana menghilangnya mood me nih...
Mood dah kelaut.. dah tak tau ntah ke mana-mana dia..
Semua orang pun dah tak dak mood nak keja kan?
Asyik duk counting nak rayer jer kan kan..
Good lah untuk uol..
Me nih to be honest, mood nak raya pun tak ada..
Since my mom dah passed away..
Raya everythings not so excited..
Others out there maybe excited nak balik kampung halaman..
I dont even mind if my other half cakap, xbalik kampung..
Or jom balik kampung..
I'll just follow..
But demi suami dan anak-anak me gagahkan juga..
Its not fair right for kiddos, they dont know anything..
They have the rights to enjoy the raya..
Anyway, me still enjoy shopping baju raya for my other half and kiddos..
Preparing raya cookies..
The only thing, the excitement..
Maybe am still at office dengan my task yang melambak-lambak nih..
Membataskan my mind to feeling lebih-lebih pasal nak raya..
Yea.. tak sabar.. tak sabar nak cuti..
I just want a long leave to release and relax my mind..

Tuesday, August 14, 2012

Lamb Chop & Blackpepper Mushroom Sauce

Hari ahad weekend.. 23rd iftar.. Dah semakin parah and kekurangan idea apa untuk dimasak and dimakan untuk iftar.. Lastly me dapat idea untuk buat Lamb Chop saja.. But agak terlebih rajin, me buatkan sauce dia sekali.. Selalunya, tibai dengan black pepper sauce ajer.. ahakss.. alaaaa alang-alang barang nyer ada kan.. belasah saja laa..

Tinggal dah beberapa hari lagi nak return to hometown.. So me and hubby punya concern sekarang to finish out, barang-barang basah dalam esbok.. Jom, check my Lamb Chop & Blackpepper Mushroom Sauce. Alhamdulillah.. Sedap.. Sedap dari makan kat kedai and bleh makan sampai puas.. Kalau kat kedai sekeping Lamb Chop dah berapa kan kan? Hihihihi..


My kambing di perap buat sementara..
Sementara tuh kita layan FB, usha-usha blog orang..


Tada.. my Lamb Chop wif Mushroom Sauce..
Sedap.. Menjilat Jari..

LAMB CHOP

Bahan-bahan :
5 keping daging kambing
1 biji bawang besar *
1 ulas bawang kecil *
1 inchi halia *
1 sudu besar lada hitam ditumbuk
3 sudu besar sos black pepper
1 sudu kecil, serbuk kunyit
1 sudu besar madu
1 sudu besar kicap
Sedikit garam,
Sedikit perasa,
Sedikit mentega untuk menggoreng

Cara-caranya :
1. Kisar bahan-bahan *
2. Campurkan semua bahan-bahan dan digaulkan dengan daging kambing, perap selama 2 jam, lagi lama perap, lagi bagus.
3. Gunakan sedikit mentega untuk menggoreng daging kambing.



BLACKPEPPER MUSHROOM SAUCE
Bahan-bahan:

1 biji bawang besar, didadu kecil
1 ulas bawang putih, dicincang
3 sudu makan sos blackpepper
1 paket Vono’s Mushroom Original Soup
250 ml air panas
Cendawan butang
secubit Garam
sedikit mentega untuk menumis


Cara-caranya:

1. Panaskan sedikit mentega didalam kuali. Tumis bawang putih dan juga bawang besar sehingga bangkit baunya.
2. Masukkan sos blackpepper dan gaul rata.
3.Masukkan cendawan dan masakkan sehingga cendawan lembut.
4. Dalam mangkuk yang berasingan, campurkan air panas bersama  Vono’s Mushroom Original Soup . Kacau sehingga ia sebati.
5. Kemudian tuangkan sup ini kedalam kuali dan kacau rata biarkan ia mendidih.
6. Masukkan sedikit garam. Padamkan api, siap dah sos untuk lamb chop. Boleh dituangkan pada lamb chop anda.