b3Long`s cHat..
[TuTuP]

x

sibling

tweet..

Like..

title top menu

Tuesday, April 28, 2015

Cerita Mulberry..



hati rasa girang bila apa yang di impi sebenaq nya duk ada depan mata saja..
dah lama dah kami verangan.. kalau lah dapat si hamba Allah nih..
mesti best.. ya laaa.. si Mulberry nih laa..
verangan laaa kami nih.. duk verangan even rumah atas langit pun kalau bleh tanam dalam pasu.. mabeles kot, pokok sepsies2 beri nih kalau dapat tanam..
me ada la follow one group kat fb pasal tanam2 pokok nih..
tengok depa beriya lah tunjuk pokok nih.. and ada yang siap tolong poskan lah pada sapa-sapa yang berminat..

dah lama dah sebenaqnya hamba Allah nih duk ada tang situ..
kami tinggal sini pun dah masuk 5 tahun..
tapi tuan rumah nih lah yang bertuah sangat.. tak denye nak mengusha kawasan sekitar..
pokok pun dah sama level ngn level 1 rumah atas langit pun dah..

entah macamana hari tuh .. tunggu my other half kat bawah.. mata rewang-rewang..
ternampak lah buahnya..
lepas tuh apa lagi histeria melompat-lompatlah kami.. keseronokan kegirangan yang tak mampu nak dibendung..

sekarang nk kena cari tanah yang berkhasiat.. sbb tanah yang kami ambik satu hari tu, apa pokok pun tanam tak idup.. lepas tuh nak tanam dalam pasu.. yeaaaa...



nih lah dia pokok nyaaaaaaa.. yang duk ada depan rumah kami..



nin buah nya.. sedap bangat.. macam makan strawberi lahhh.. 
p/s : gambaq nih kami dapat kat internet.. terima kasih kat owner
buah yang depan rumah kami tak banyak yang masak.. 

meh tengok sini pasai apa me exsaited sangat dengan pokok neh... note nih me copy paste nah.. thank you for the blog for sharing.. me lupa dah link dia.. esok2 me carik and tempek kat sini..





Khasiat buah Mulberry ialah :

1.  Pokok Mulberry adalah makanan utama ulat sutera terutama daunnya. Maka disebabkan itulah jika di Malaysia, daun pokok Mulberry dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram.

2. Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas.

3. Kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.

4. Bagi masyarakat di negara China, selain buahnya boleh dimakan segar atau dibuat jem, terdapat juga kegunaan lain. Secara tradisionalnya, buah Mulberry telah digunakan sebagai agen ubatan bagi memberi khasiat kepada yin dan darah, memberi kebaikan kepada buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban.


5. Buah Mulberry turut digunakan untuk merawat masalah ketidak-bolehan mengawal keluarnya air kencing, pening dan masalah sembelit warga tua.

6. Buah yang telah dikeringkan juga boleh dijadikan sebagai pengganti raisin.

7. Buah Mulberry juga dikatakan mampu memberi khasiat dan merangsang penghasilan cecair badan. Mereka yang mengalami masalah kekurangan cecair, mulut mereka anak kering dan lidah terasa panas. Elok juga mereka makan buah ini bagi memberi khasiat dan menambahkan cecair badan.

8. Buah mulberi ini juga sesuai kepada mereka yang mempunyai masalah mata kering akibat keletihan mata dan akibat bekerja dengan cara mengambil jus mulberi .

9. Buah mulberi juga mengandungi unsur-unsur khasiat seperti mineral dan vitamin. Dikatakan dengan memakan buah Mulberry, mampu membantu menyembuhkan penyakit kronik pada saluran pencernaan, merangsang rembesan cecair gastrik, menguatkan kebolehan bagi mencerna dan menyerap, memperbaiki selera makan dan membuang kembung perut dan sembelit.

10. Wanita yang mengalami simptom-simptom seperti anemia, kepucatan, rasa , sukar untuk tidur dan jantung berdebar-debar dengan kerap terutamanya selepas melahirkan bayi, bolehlah mengambil jus mulberi dengan kerap bagi mengurangkan simptom-simptom tersebut. Ubat kebas tangan dan kaki.

11. Daun mulberi pula dikatakan boleh direbus dan digunakan sebagai ubat mencuci mata yang merah dan bengkak. Daun yang telah kering pula dikatakan boleh dicampur dengan air mendidih atau direbus. Air ini dikatakan boleh diminum untuk tujuan membersihkan tubuh badan, merangsang peluh, ubat batuk, demam panas dan selsema. Daun yang telah dipanaskan pula dikatakan boleh disapu minyak dan dijadikan sebagai ubat tampal pada luka yang parah.

12. Bagi mereka yang mengalami masalah gigitan atau sengatan serangga, daun yang telah ditumbuk lumat boleh dijadikan sebagai ubat tampal pada bekas gigitan atau sengatan serangga tersebut.

13. Jika mengalami masalah tangan atau kaki yang , bolehlah mengambil getah daripada daun atau ranting mulberi, kemudiannya gosokkan pada bahagian yang kebas.

14. Akar pokok boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat asma, batuk, busung, melawaskan pembuangan air kecil dan radang. Air rebusan kulit pokok mulberi pula dikatakan boleh diminum untuk merawat sistem pernafasan, asma, batuk, bronchitis, busung, menyingkirkan kahak dan hingus, tekanan darah tinggi, kebas tangan atau kaki.

15. Ranting kering pokok mulberi pula dikatakan boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat demam panas dan mengatasi rasa sakit.



Cara penanamannya: 

potong keratan batang yang telah tua (berwarna coklat) lebih kurang 5-6 inci (pastikan mata tunas tidak rosak) kemudian tusukkan serong (tegak pun boleh,ikut suka) ke dalam tanah /tapak semaian/polibag/pasu. (boleh juga gunakan penggalak akar jika ada duit lebih).

Kemudian pastikan pada peringkat permulaan perlu disiram atau mesti kena air sentiasa bagi mempercepatkan proses percambahan/pembentukan tunas (mengambil masa 3-5 hari untuk bercambah bergantung penjagaan). Dah besar tak perlu siram lagi cukup air hujan je.

Boleh juga guna apa-apa baja organik yang murah2 .  Pokok Ini mulai berbuah dalam umur 3-4 minggu syarat mesti trim daunnya. pokok yang berusia 1 tahun dan telah berbuah lebat, tingginya sekarang telah mencecah lebih kurang rumah satu tingkat.

Tips : Kalau ingin berbuah cepat dan lebat pastikan daun mesti di trim selalu dan baja yang cukup.

2 comments:

  1. Pak Lang SA ada tanam...bila dia berbuah mmg banyak dan bila masak...mmg betul2 ranum dan manis....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnya SA.. kami tau kata pokok tu depan rumah ja.. histeria sekejap.. hahahaha

      Delete