there's one group i joined dalam FB, one of them asking where they can find tadika cina somewhere at PJ..
and yang menariksss nya.. got a few mummy gave her this kind of komen..
Honestly am really speechless with this kind of komen lah.. teruknya cara orang kita berfikir..
gigih me nih plak pi screenshot.. hahahaha..
"mengapa nak mencinakan anak?"
"tau tak berapa ramai melayu ditindas cina? kita selama ini ditindas mereka"
"anak ibarat kain putih, kenapa tidak dikukuhkan pelajaran agama??"
wahai la ibu sekalian.. mengapa la anda-anda semua bersikap demikian.. begitu teruknya racist anda.. and ada fikir anda ditindas.. if macam ni la pemikiran si ibu.. anaknya bagaimana ya?
actually i joined quite a number of education group, tak kira malay non malay..to motivate myself and nak belajar macam-macam and get macam2 info jugak yg berguna for me.. normally in any group i is silent reader saja.. but this time i put my 10cent there.. and alhamdulillah its make 'tuan rumah' happy with it..
but seriusly.. its really different in terms of things you share, things you komen and things you act dalam group malay and non-malay.. nampak tak disitu? and you nak cakap kita ditindas.. they not even talk about 'racist' pun.. come on lahhhh..otak tu kalau berfikir biar positif sikit..
Sebab apa pilih sekolah cina?
1. Bahasa - adalah satu bonus kalau ko tau lebih dari bahasa kebangsaan dan english.. insya Allah mudah hidup ko kat Malaysia nih.. bukan kata tak reti bahasa cina hidup ko susah... opppsssss kat atas dah mention please fikir positif ok.. bonus.. bonus.. reti bonus? mudah laa sikit hidup.. ko pernah bukak Jobstreet nak cari kerja? ko pernah tgk tak berapa byk jawatan yang mention "Able to speak or read Mandarin are prority?"
2. Disiplin - anak ko bila duk sekolah ni depa punya disiplin lain mcm sikit.. pengalaman anak me sendiri, tak reti ni cakap benda-benda tak elok, nak mencarut, even sebut perkataan 'bodoh' pun dia tak pernah.. sedangkan baya-baya dia sekarang kalau setakat 'bodoh' 'gila' lancar kot.. kat meja mekan, ko siap saja makan, nanti dia yg tolong sorongkan kerusi, depa balik school beratur elok2 and mcm2 lagi.. and semua teacher akan ada satu pembaris kayu yg panjang.. of koslah untuk denda budak2.. pernah i heard at one chinese school, parents come complaint pasal anak dia kena rotan.. pengetua bg dua pilihan admit it untuk mendisiplinkan anak you, or tukar anak you ke sekolah lain..
3. Cara Berfikir - cara anak-anak berfikir pun kreatif. lain sikit or you can say maybe out of box and pick up.
4. Cara bergaul - confident bila nak bergaul pun sama.. depa tak kisah apa warna kulit, depa bantai saja kawan.. depa tak pilih bulu.. yang penting bergaul dengan confident.. and tak lupa confident in crowd too..
5. Respect - depa akan respect you lebih bila tau you boleh berbahasa depa.. pengalaman i sendiri, anak dah kekadang pi pasaraya, dia lupa yg actually dia sedang bercakap dgn mama instead of daddy dia.. i tengah pilih susu kotak, got 1 guy kat sebelah which sedang memilih susu yang sama suddenly smile at me and pass me susu yang dia dah pilih dengan expiry date longer.. and i have many more experience on this lah.. bila uol cakap pasal racist.. sebab apa? you tak nampak cara depa berfikir macamana.. and bahasa yang mereka duk bercakap, you tak faham kan? agak-agak kalau u faham apa depa sembang.. nampak cara depa berfikir.. you rasa? akan timbul racist???? tak dinafikan ada... bukan tak ada.. tp berapa kerat.. and kalau ada pun sah2 ko bleh tgk education depa nih tahap mana..
6. Semangat juang tinggi - yang ni memang nampak.. spirit memang kuat and tak mudah menyerah kalah..
Well then actually banyak lagi nak share, but kompom yang membaca akan membahasakan kita macam kita nih mendewakan or menjilat depa.. biasala minda orang kita.. apa yang me cakap nih semua dari pengalaman as from hubby legacy and continue with our kids pulak schooling at jenis kebangsaan cina nih..bila you dah biasa bergaul dengan depa you akan nampak.. so this is another reason..
Setiap apa yang kita pilih mesti ada pro and cons nye kan.. parents yang hantar anak sekolah cina ni mesti dah pikir baik-baik sebelum buat keputusan.. misalnya ko cakap pasal pemakanan halal, carilah tadika yang mesti wajib ada cikgu yg Islam.. trust me mereka akan usahakan.. kalau tak, kalau ko stil was-was dengan makanan, well then bekalkan anak ko.. rajin-rajin sikit yer..
pasal agama pula.. pendidikan asasnya perlulah dari rumah.. ko yakin ke parents yang hantar anak kat sekolah Pasti, Little Caliph, BB cukup solat 5 waktu??? tettttttttt..
FYI, sekolah cina pun ada suraunya.. ada guru agamanya.. depa pun ada kelas tambahan agama, tasmik segala.. okey..
Sebelum me stop.. Pernah dengar cerita pasal ketam cina dengan ketam melayu? You read and you nilaikan sendiri.. kalau paham, pahamlah.. kalau tak paham.. hurmmmm kesian you..
Satu uncle jual ketam, ada dua bekas ketam dekat kedai dia, satu bekas bertutup satu bekas terbuka. Ada satu customer datang nak beli ketam, dia tengok tak ada beza pun rupa ketam nih.. tapi kenapa satu bertutup dan satu terbuka
Customer : uncle ni ketam apa? kenapa satu tutup satu ada buka?
Uncle : oooo.. ketam yang bekas tutup itu ketam cina, yang terbuka tu ketam melayu ?
Customer : Ha? ada ketam melayu, ketam cina ka? tak pernah dengar pun?
Uncle : Ya loorr.. itu ketam melayu tak perlu tutup, depa tak kan dapat kluar punya.. sebab bila sekoq nak kluaq, hat lain duk pakat-pakat tarik ke dalam xmau kasi keluar, jadi semua tak boleh kluar laaa... tak perlu risau, jadi itu ketam tak payah tutup..
Customer : Ketam cina pulak?
Uncle : oh ini ketam cina tak boleh.. kalau satu ekor boleh keluar nanti dia kasi tarik lain-lain keluar sama.. so kasi tutup laa.. nanti semua keluar..
Dah, baca? ada paham?? Ok lah, end of story..
Assalamualaikum..
LadyofGee