Tuesday, November 29, 2011
LIVE : Try & Error
Saturday, November 26, 2011
Instant but Special
Friday, November 25, 2011
Nak cuti!!!!
nih baru cerita pasal Malaysia..blum lagi India..
baru jer nak tarik napas selesai audit part bonus..
sesedap jer hangpa tunggu bonus kan..aku dh crack head kat sini..
muntah darah weiihhhh...sembab mata hakuh..
the biggest boss baru jer panggil..
ask me to get ready.. will be another audit soon..
audit from labour opis tunggu payroll team bagi namelist..
"ok, noted"..dengan senyum abis manesss dpn boss...
tapi dlm hati aku #$%^&*^%$# mcm dah kluar..
abes hancur punah ranah aku pny plan nak amik cuti..
sejak duk sini..mmg ai break record btul..
baru 2 kali jer MC tuh pun sbb cabut gg..
duk tunggu nanti2 nak demam ker ape..
dah berapa kali berhujan..demam tak datang2 jugak..
alahaaaaiii bila nak dpt MC neh..
colleague ckp..niat ai xbetul purposely nak demam..hahaha..
amik cuti pun semua Emergency Leave..
anak sakit, raya, pak sedara meninggal..cuti pun ade belen neh..
bagus tak, bagus tak..
dah abes semua nih nanti..nak bercuti..
nak rest my mind..spent time ngn budak2 tomey 2 org tuh..
ngan papa dia..sorry eh sayang..
thank sebab faham keja mama..
everything is urgent and about money.. :(
but!!my family still will be my priority..!!! FULL STOP
Wednesday, November 23, 2011
Adik oh Adik..
Asyik citer pasal dia jer kan? Along tak la banyak sangat citer..
sebab.. si along nih tak banyak ragam & tak sebanyak akal mcm si kecik nih..
dari kecik sampai besar.. dah 3 tahun dah..
tak abis-abiss anak dara nih main bedak..
pantang mama terlepa jer.. abis laa mandi bedak dua beradik neh..
yang kepala nye dia nih la kan si budak noty nih..
along tumpang join sekali..
pastu ala-ala nak kantoi buat muka tak bersalah..
buat-buat la membebel konon marah kat along..
kononnyer mama tak tau laa adik mula kan laa tuh..
kalau nak snap picas skg nih..
punya la payah..dulu pantang nengok org pegang camera..
tercegat nunggu selagi tak snap picas dia..
sekarang neh, nak kena ugut2 bagai baru dapat..
dah la payah.. macam2 pesen muka dia buat..
dalam seminit mcm2 la muka pelik dia tuh bleh kluar..
gelak pecah perut melayan budak nih sorang..
tapi sesusah2 adik.. susah lagi nak snap picas along..
hari nih 1st level boss xdak..
big boss jer ade..so, ai ler boss hari nih..haha..
even ai agak bz dgn year end activity..
tapi tangan nih gatai gak nak mencatuk-catuk kat sini..huhu..
dah-dah sambung audit tak abih lagi nih oooiii...
Please DISCARD this if you have in your kitchen..
Just gathered this information from hubby’s colleague FB..
Should share this one I bet to all muslims out there..
Especially for those who like to eat at western fast food restaurant..
Please be extra careful guys..
I used to see this at Nando’s , TGI Friday, Domino Pizza also have this laa I bet..
No matter where laa.. just share it guys..
Sharing is Caring.. ;)
Opppsss speaking longdong plak dia..
Monday, November 21, 2011
Pergi...Berganti..
20 Nov 2011.. genap sudah 3 tahun pemergian arwah ibu..
pergi mu yang takkan kembali lagi..
sesekali terasa diri ini benar-benar kecewa..
bila mengenangkan pemergianmu disaat aku belum sempat
melaksanakan sepenuhnya tanggungjawab aku padamu..
tapi TUHAN lebih menyayangimu ibu.. kau pergi meninggalkan aku..
pergimu amat meninggalkan kesan.. dan memberi perubahan yg amat besar..
andai disaat ini kau masih ada.. pasti kau kan tersenyum bangga..
melihat impian anak mu ini menjadi nyata..
hanya yang mampu ku sedekahkan alfatihah
dan bacaan2 ayat suci al-Quran buatmu..
aku rindukan kasih mu ibu..
Berganti..
21 Nov 2011.. genap sudah 3 tahun kelahiran putriku..
Nureen Natrah..lahir mu selepas 12jam pemergian arwah nenek..
SELAMAT HARI LAHIR SAYANG, KASIH MAMA..
tiada yang istimewa yang mama harapkan dari adik..
membesarlah dengan sempurna sayang..
mama dan papa akan cuba memberikan yang terbaik untuk along & adik..
semoga besar nanti menjadi anak yang solehah..
menghormati orang yang lebih tua..
SELAMAT HARI LAHIR PUTRIKU SAYANG.. NUREEN NATRAH..
Sunday, November 6, 2011
Nasi Ayam Spesel Di Pagi Aidiladha..
Keletung Keletang keletung keletang, tadaaaa dah siap..
Salam Aidiladha..
Friday, November 4, 2011
Parental.. Good to Practise..
Salam Jumaat buat semua.. Semoga baik-baik sahaja kita adanya InsyaAllah.. Di hari Jumat yang mulia nih.. tergerak hati untuk share dan menjadi panduan I jugak..kita share and simpan kat sini so that esok2 senang nak rujuk kembali kan kan..
1.Baca "Ya Latif" sebanayak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur
2.Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk
3.Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak
4.Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati
5.Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembus pada susu
6.Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud "Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.
7.Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani nak-anak belajar
8.Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya"
9.Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.
10.Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud " Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.
11.Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, zan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.
Doa-doa dari ayat Al-Quran yang boleh diamalkan
1.Supaya anak-anak pandai belajar, baca surah Al-Anbiya' ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa
2.Sewaktu anak-anak bergaduh, baca surah Al-Baqarah ayat 102
3.Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran, baca surah A-anbiya' ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24
4.Anak-anak malas ke sekolah, baca surah Taha ayat 1 hingga 5.
5.Anak-anak yang suka keluar malam, baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali.
Insyaallah dengan doa yang tidak putus, anak-anak yang nakal akan berubah menjadi baik.