b3Long`s cHat..
[TuTuP]

x

sibling

tweet..

Like..

title top menu

Sunday, May 8, 2011

Al-Fatihah.. Damai Lah Engkau Di Sana~~

sana sini, fb, blog, sms semua bercerita pasal hari ibu..
takdak hati nak wish apa2 untuk hari ibu nih..
sebab aku dah 3 tahun dah kehilangan ibu tersayang..
kehilangan yg xdiduga.. tanpa pinta.. tanpa kata..
tanpa pesanan.. pergi meninggalkan aku begitu shaja..
di saat aku amat memerlukan dia di sisi..

hampir 3 tahun berlalu..
tidak sedetik dptku melupakanmu dari bayangan..
apabila hati dirundung sedih dan pilu..
semakin kuat arwah hadir dalam ingatan..
sehingga kini masih belum dapat melupakan..

sudah lama ku kuatkan hati untuk menatap kembali wajah ibu..
untuk mengubat hati yg rindu.. tp aku tidak kuat..
hati ini tidak kuat untuk menatapi wajahnya..
tapi hari ni.. aku kuatkan juga semangat ini..

untuk menatap wajah kesayanganku ini..
dan...... airmata berderai kembali...

semakin jauh dikau pergi semakin kuat hati ini merindu padamu..
hanya Al-Fatihah yg mampu aku hadiahkan buatmu ibu..
semoga tenang dan aman di sana..
anakmu amat merinduimu di sini..
kehilanganmu menghancurkan segalanya..
dan merubah segala-galanya..
tapi aku redha.. redha dgn pemergianmu..
kerana DIA lebih menyayangimu..

Semoga pengorbananmu membesarkanku mendapat keberkatan
dan ganjaran yg tinggi dari Nya..
tiada yg dapat menandingi kasih ibumu...

3 comments:

  1. kalau rasa rindu... segeralah sedekahkan alfatihah buat beliau..

    ReplyDelete