hari nih nak share satu resipi yang sangat mudah nak sediakan dia..
dan of kos lah sangat sedap..
sebab tu nak share kat sini so that lain kali boleh refer lagi kot esok-esok dah lupa..
and uols pun boleh la cuba sama.. kalau yang mana-mana ada singgah kat blog nih laa..
hieww.. hiewww.. hieww..
sebab apa me kata sedap? sebab panas2 dah belasah dah..
tengok la picas yang me tempek kat bawah nih..
panas-panas dah ngadap dia.. dah tak leh potong sebab panas.. tibai dengan sudu saja..
kalau buh lam esbok mesti lagi nyaman kan kan kan?
lepas dah separuh di tibai baru la hengat nak buh lam esbok..
tak dan tunggu esok dah.. sebijik tuh.. hari tu jugak lincin nya...
so.. apa lagi.. meh la tengok resepi.. dan buat sendiri..
chaiyooo chaiyooo.. buat cepat!!!
ni lah ghupa dia.. tak sesabo nak mam mam dia..
belasah ngan sudu2 pun..
resepi cek bawah ni nah..
Bahan - Bahan
8 keping roti
1 tin susu cair
sedikit mentega
4 biji telur size C - kalau telur besar, kurang kan lah kuantiti
2 sb tepung kastard
2sb gula (full) - kalau mau manis lebih kan.. kami xsuka manis
1 sk esen vanila
kismis hitam untuk hiasan
Cara- cara
1. p cari bahan-bahan kat atas nuh dulu.. dah complete semua
2. on kan oven, panas kan ikut hampa punya oven temperature la nah.. kami punya 150degree.. selalunya tak fix laa.. kami play around dengan dia punya temperature
3. kami potong sekeping roti tu jadi 4
4. sapukan roti dengan mentega, dua-dua belah nah..
5. susun kan roti tadi dalam loyang, loyang tu pun sapukan sedikit mentega la nah.. takut nanti melekat pulak..
6. Selang selikan susun roti dengan tabur kismis hitam tu tadi..
7. dah siap susun.. pecahkan telur dalam satu mangkuk.. pukul/kacau telur tu manja-manja dah.. tak payah nak kembang sangat.. ala-ala sebati dengan cemerlang sudah laa..
8. masukkan gula.. lepas tu tepung kastard sambung pukul/kacau
9. masukkan susu dan esen vanila.. kacau semua sebati
10. tuang dalam loyang berisi roti tadi biarkan sat sampai betul-betul serap kat roti.. tekan-tekan sikit kasi rata serapan dia..
11. bleh la mula bakar dia..
12. nak cek masak dah ke belum, hampa cucuk sikit ngn garpu ka.. kalau tak melekat kat garpu tuh kira dah masak laa tuh..
13. bleh la keluarkan.. kalau hampa sabaq hampa tunggu sejuk.. pastu masukkan dalam esbok.. memang mantop.. kalau tak sabaq.. hampa bleh la belasah ja truih.. haha..
esok try buat nah.. sedap baq hang.. thanks for drop by anyway..
assalamualaikum..
Ladyof Gee
No comments:
Post a Comment