cerita pasal viral email suami curang.. then kantoi lepas 6 tahun..
me ada terbaca dalam satu blog kemarin.. and actually ramai jugak yang share kat fb pun but tak ada masa nak baca..
memang maki hamun la kan.. buta perut sungguh la jantan lagu tuh.. kesian kat hang aihh.. tapi maki hamun hanya dalam hati.. and what am I thinking of absolutely sebiji macam apa yang one of brother nih dah tulis panjang lebar..
me just bleh cakap.. thumbs up bro!! well said and you got the point!! kalau you nak langgar i sokong saja.. tolong langgarkan untuk i sekali.. jantan macam tuh hidup lama-lama perosak orang saja.. jenih tak sedar diri.. nampak kurang orang saja.. kurang sendiri tak nampak.. mau yang cantik-cantik elok-elok ja, dah kurang tak mau.. tak pikir time dia tak elok dulu, time dia susah dulu, hak bini dia tu jugak la duk tanggung ikat perut sama.. susah sama-sama.. senang sama-sama kata ko..
and yang perempuan pulak.. got some point for you also here .. u got what i mean right??? jaga diri awak luar dan dalam apa yang kamu ada semampu.. layan suami awak sebaik dan terbaik.. kalau orang dah tak hargai jugak.. dah takdir hidup kita.. jodoh pertemuan atas kuasa DIA.. move on please.. !!!
and i shared here..
-
-
-
""" KOMEN CERITA VIRAL SUAMI CURANG DENGAN JANDA KERANA ISTERI DAH TAK MACAM MASA KAHWIN.
Ini trend semalam. Bersepah juga dalam newsfeed cerita suami curang kerana isteri walaupun baik tetapi sudah tidak cantik seperti dulu-dulu mereka berkahwin. Ada pula monyet yang setuju dan menyokong lelaki spesis yang sama (monyet juga) itu. Boleh pula alasan itu jadi lesen zina. Apa dah jadi?
Dulu masa kahwin, sama-sama ketat, sama-sama garing, sama-sama cantik, sama-sama memuaskan hati satu sama lain. Jika buat video kahwin tu sikit punya romantik lagi. Lepas dah kahwin dan anak beberapa orang boleh pula sorang sahaja yang jadi tua, yang lelaki boleh maintain muda. Ini semua kahwin kerana lubang. Kalau kahwin kerana Agama insyaAllah tak jadi macam ini. Rasakanlah sentimental value dengan isteri kita kerana dulu kita dapat dia brand new koyak plastik lagi. Masa kita dapat isteri tu, masa tu kita pun taklah kaya mana, sengkek juga. Isteripun bersabarlah dengan suami seadanya. Tapi bila suami dah naik market value, dia boleh buang sahaja isteri yang dah bersusah payah.
Kalau nikah lagi satu pun dah boleh jadi perang, inikan pula terlanjur. Tapi kalau dah sampai 6 tahun terlanjur sebenarnya perkataan TER itu sudah tidak sesuai. Yang sesuai ialah MELUNJUR.
Isteri yang kita nikahi yang menjaga kehormatannya kepada kita semasa penyerahan dengan maharnya, mulanya itulah yang terbaik untuk refleks kehebatan seorang suami membentuk dan membimbing. Selepas berkahwin, yang baru itu dilanyak sampai lunyai. Perut yang dulu tegang dah jadi macam kulit limau kerana dari situ telah mengandungkan anak-anak dari benih lelaki itu sendiri. Bila dah tak cantik pandai pula cari yang tegang dan ketat. Kalau itulah konsepnya, nanti yang tegang dan ketat itu juga akan kendur dan jantan begini akan berpindah cari yang lain juga.
Kalau isteri itu kerjanya melayan nafsu sahaja, bila mahu boleh dapat dan tak perlu beranak, tak perlu menyusu anak, tak perlu memasak, tak perlu mengemas rumah, tak perlu nak jaga makan minum laki, tak payah nak menjaga suami, tak perlu nak bekerja tolong cari rezeki barulah boleh isteri kita tu ketat dan anjal sepanjang masa. Yang komplen isteri dah tak tiptop tu tengok juga diri sendiri adakah masih tiptop atau sudah masuk level second hand high mileage.
Kahwin manusia bukan macam kahwin lembu. Lembu tu bolehlah main tenggek mana-mana dia suka. Tapi dia itu lembu lah. Sebab itulah surah Al-Baqarah (lembu betina) tu Allah hentam kita 3 juzuk terus. Nampak betul manusia orang yang masih banyak berperangai seperti lembu lagi. Lembu makan, lembu cari makan, lembu tidur dan lembu juga mengawan dan lembu akan mati akhirnya. Maka, jika begitulah hidupnya. Jangan kahwin macam kahwin lembu, nikahi isteri kerana Allah.
Saya tak pandai nak sekolahkan orang macam ini. Jika saya kenal dan dia sedang melintas jalan saya akan buat-buat terlanggar dan tergilis dan saya akan pastikan ia kelihatan seperti satu kemalangan.
SAIFUL NANG """
copy paste from mukabuku SAIFUL NANG
Assalamualaikum..
LadyofGee
No comments:
Post a Comment