Cerita pasal pisang cheese.. this is one of my anak fevret
food.. as my anak is peaky eater, so if
something yang dia suka makan, then mummy akan so excited lah to buy for her that
food (kalau rajin mummy masakkan).. kalau dapat yang nih pisang cheese nih
memang tak pandang kiri kanan dah si anak terus ja makan tak dak la nak
mempelawa mummy or daddy and jangan la harap kami nak merasa.. its ok darling..
makan saja asal kamu suka..
Well satu polisterin dijual dengan harga RM5, with sangat
ciput cheese and pisang pun boleh dikira paling banyak pun dapat lah 10 ketui
plus2 la sikit2 yang reja.. as we know di Penang nih sebijik pisang depa potong
4, and kalau pisang besaq boleh dapat sampai 5. Bayangkan ek sekilo pisang RM4
sebiji juai depa dapat 4-5 kupang.. itu blum yang meniaga pisang cheese nih kan…
Ok sambung pasal pisang cheese, me duk perati ja si adik nih
meniaga.. ada laa coba2 nak *pukui* curik kan.. cheese sangat lah ciput..
pisang pun asal boleh ja taruk.. mintak cheese lebih skit depa mintak topap duit, mintak
sos coklat lebih skit pun mintak topap duit.. then, sekali makan mau kena RM8 atau lebih.. tuh
pun makan tak cukup kan.. kalau hari-hari anak mintak, botak jugak lepas ni..
Panaih hati ngat aih mummy awak heh!.. mai nak buat
sendiri.. sesambil angin rajin bertiup.. haaa baru ada akai..
Meh sini tengok mummy payung resepi pisang cheese.. Habaq la
banyak mana cheese cheq mau.. mummy buhhhhh ja nak oiii..
Bahan-bahan yang perlu ada nak buat pisang cheese nih (coklat)
Watak utama - Pisang lah, kami guna 5 biji pisang awak
Tepung gandum
Butter/Majerin
Garam
Cheese
Sedikit susu pekat
Coklat rice
Tepung gandum, secubit garam and me tambah sedikit serbuk kunyit
saja lah nak bagi nampak kekuningan sikit kan
gaulkan kesemuanya, kemudian tambahkan air..
adjust lah lebih kurang, tak terlalu pekat dan tak terlalu cair yer..
then potongkan our watak utama.. pisang..
mummy potong 4 macam nih..
penang pisang goreng style punya potong..
masukkan dalam pisang nih dalam kita punya tepung base tadi..
gaul-gaul sikit kasi semua pisang bersalut tepung yer..
taruk minyak dalam kuali pastikan minyak tu dah bebetul panas..
kecikkan sikit api..
masukkan lah pisang yang dah bersalut tepung tuh satu persatu dalam kuali..
dah masukkan semua pisang tadi..
boleh la besarkan balik api dapur tu yer..
dah nampak keemasan pisang tuh, yang nih kena follor your instinct lah..
rasa agak2 dah masak.. boleh ler angkat yer..
tadaaaaa... ni lah dia yer ghupa pisang goreng cheese yang mummy nak payunngkan..
susun-susunkan pisang goreng tuh elok-elok dalam pinggan cantik hampa..
layerkan susu pekat sikit.. sikit ja jangan bebanyak..
me tak suka maneh.. pisang nih plak dah memang dah manis..
adusss perit tekak plak.. so agak-agak la yer..
kalau pisang goreng tuh dah manis kurangkan ler susu pekat tuh..
layerkan pulak dengan cheese yang telah disagat..
sagat ja cheese tuh atas goreng pisang tuh terus..
*tu yang berteraboq cheese dalam pinggan tuh nak oooooii*
sagat la sesuka hati banyak mana yang hampa mau..
mummy terdaya sagat setakat tuh ja..
lain mcm pulak mummy rasa penyagat nih.. nanti carik hat lain..
and last tak lupa coklat rice kita.. sprinkle ja seberapa banyak..
kalau nak sedap buat sos coklat.. tapi idok la rajin nak membuat nyer yer..
coklat rice pun boleh laaa..
Oklah.. setakat ni saja cerita pisang cheese kita.. mummy dah payung.. coba lah buat sendirik.. mudahhhh sangat and puas hati hampa makan pisang cheese buatan tangan sendirik..
Petang nih balik keja repeat buat lagi sekali pisang duk ada lagi 5 ketoi.. huhuhu..
Assalamualaikum..
LadyofGee