b3Long`s cHat..
[TuTuP]

x

sibling

tweet..

Like..

title top menu

Thursday, April 30, 2015

PETUA SELEPAS BERSALIN




Nenek moyang kita memang kaya dengan petua tradisional. Jika diamalkan ia diakui memang memberikan kesan yang mengagumkan. Kepada ibu-ibu selepas bersalin, jom amalkan petua-petua berikut untuk kesejahteraan diri dan kecantikan luar dan dalam.

1. Segarkan badan
Semasa dalam pantang, ambil beberapa helai daun sirih dan daun pandan kemudian rebus bersama sedikit halba, bunga cengkih dan garam. Mandi dengan menggunakan air rebusan setiap pagi sehingga ke hari ke-40 selepas bersalin.

2. Naikkan seri wajah
Bersihkan beberapa ranting daun inai kemudian rebus dengan menggunakan api sederhana sehingga mendidih. Biarkan sejuk dan minum airnya segelas pada waktu pagi dan segelas pada waktu malam. Amalkan dua atau tiga hari seminggu.

3. Kecutkan rahim
Ambil segenggam daun pegaga dan rebus bersama akarnya. Masukkan bersama pucuk pokok sepagi berdiri. Minum air rebusan tadi selama tiga hari berturut-turut setiap pagi.

4. Rawatan dalaman
Tumbuk kunyit hidup dan daun inai hingga lumat. Kemudian, perah dan ambil patinya lalu diminum pada waktu pagi. Lakukan selama tiga hari seminggu sepanjang waktu berpantang. Hasilnya, luka anda akan cepat sembuh dan wajah akan lebih berseri.

5. Tambah susu badan
Ada setengah wanita yang baharu melahirkan anak menghadapi masalah kurang susu badan. Bagi mengatasi masalah ini, ambil daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus. Makanlah bersama nasi panas dan amalkan selalu.

6. Sembuhkan luka bersalin
Luka akibat bersalin sama ada bersalin secara normal ataupun pembedahan boleh disembuhkan segera dengan makan ikan haruan yang dibakar ataupun dibuat sup. Selain itu amalkan makan hempedu ikan haruan setiap hari bersama satu sudu besar madu lebah asli.

Selamat mengamalkan bagi wanita yg lepas bersalin.

#copypaste

Assalamualaikum.
LadyofGee

Keropok Lekor Ori Ganu Kite


assalamualaikum.. salam sejahtera...

hectic sikit sehari dua seminggu sekala nihhh!!!! macam-macam benda nak kena buat haih..! tapi tak nak sembang pepanjang..

hari ni kami nak introduce you all something.. its a good news you allssss..

dengan bismillah kami nak introduce kan uols dengan bidang yang kami baru ceburi.. and i think its a good start for us lah!!

alhamdulillah akhirnya diberi kesempatan dan keberanian dari Nya untuk kami menceburi bidang perniagaan.. walaupun kecil-kecilan saja at least we tried..

so tak payah nak cerita panjang.. boleh sama-sama support perniagaan kami..

pengumuman untuk orang-orang UTARA!!!! lai lai lai...

introducing KEROPOK LEKOR ORI GANU KITE !!




untuk orang sekitar Utara!! hampa tak payah susah-susah dah nak tunggu pesan kat kawan-kawan balik kampung nak order keropok original dari Terengganu.. boleh dapatkan dari kami!!!!

kami jamin keropok fresh!! rasa ikan yang banyak!! yeaaaaahhh...

untuk maklumat yang lebih lanjut and update terkini hampa boleh la melawat page facebook kami..





ada number yang boleh dihubungi di sana.. boleh laa tolong like bebanyak kat sana nah.. tq tq tq!!

Keropok Lekor Power terbaik dari ladang!! original dari Terengganu.. di jamin fresh!! kompom rasa yang banyak ikan..

kami menyediakan COD di pulau pinang (island & mainland), kulim, sungai petani dan kawasan2 sekitar Utara..

Luar kawasan Utara pun boleh diuruskan..

Boleh pm / whatsapp / wechat


terima kasih.. and terima kasih yang tak terhingga bagi yang support kami.. jangan lupa cuba nah!!!

assalamualaikum

LadyofGee



Wednesday, April 29, 2015

PENTING : CARA-CARA MENCUCI URI


Assalamualaikum.. Ok, hari nih nak share perkara penting untuk semua muslims.. penting dan wajib belajar especially yang ada cita-cita yang nak jadi pak tu kan..

Mari kita tengok step by step cara-cara nak mencuci uri..


Kredit : Ustaz Wan Asrul Al-Kalantani'

Bahan-Bahan Yang Diperlukan

1. Limau Nipis
2. Garam
3. Asam Jawa
4. Asam Keping
5. Plastik
6. Kain Putih ( Napkin )




Cara Membasuh

1. Mulakan dengan membaca Bismillah

2. Cuci uri dengan bersih. Hilangkan kesan-kesan darah tanpa menggunakan sabun.

3. Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan berdoa dengan doa yang baik.

4. Lumurkan uri dengan garam dan basuh sehingga bersih.

5. Basuh uri dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas sehingga bersih.

6. Perahkan limau dan lumurkan. Ini bertujuan untuk menghilangkan bau-bau yang tidak menyenangkan.

7. Letakkan di dalam plastik yang mudah reput seperti plastik 7-Eleven atau plastik Tesco dan ikat dengan kemas.

8. Bungkus bersama kain putih dan diikat kemas.

9. Gali tanah sedalam mungkin. Ini bagi mengelakkan dikesan oleh binatangan seperti anjing dan kucing.

10. Jangan diletakkan sebarang benda asing seperti pen, pensel, lilin dan sebagainya. Dikhuatiri boleh membawa kepada syirik dan khurafat.

Secara jujurnya, membasuh uri tidaklah sukar seperti yang disangka. Lakukan dengan iklas dan sepenuh hati kerana uri yang dibasuh itu adalah zuriat kita. Tititpkan doa-doa yang baik agar zuriat kita menjadi insan yang beriman dan bertakwa


Assalamualaikum..

LadyofGee

Tuesday, April 28, 2015

Cerita Mulberry..



hati rasa girang bila apa yang di impi sebenaq nya duk ada depan mata saja..
dah lama dah kami verangan.. kalau lah dapat si hamba Allah nih..
mesti best.. ya laaa.. si Mulberry nih laa..
verangan laaa kami nih.. duk verangan even rumah atas langit pun kalau bleh tanam dalam pasu.. mabeles kot, pokok sepsies2 beri nih kalau dapat tanam..
me ada la follow one group kat fb pasal tanam2 pokok nih..
tengok depa beriya lah tunjuk pokok nih.. and ada yang siap tolong poskan lah pada sapa-sapa yang berminat..

dah lama dah sebenaqnya hamba Allah nih duk ada tang situ..
kami tinggal sini pun dah masuk 5 tahun..
tapi tuan rumah nih lah yang bertuah sangat.. tak denye nak mengusha kawasan sekitar..
pokok pun dah sama level ngn level 1 rumah atas langit pun dah..

entah macamana hari tuh .. tunggu my other half kat bawah.. mata rewang-rewang..
ternampak lah buahnya..
lepas tuh apa lagi histeria melompat-lompatlah kami.. keseronokan kegirangan yang tak mampu nak dibendung..

sekarang nk kena cari tanah yang berkhasiat.. sbb tanah yang kami ambik satu hari tu, apa pokok pun tanam tak idup.. lepas tuh nak tanam dalam pasu.. yeaaaa...



nih lah dia pokok nyaaaaaaa.. yang duk ada depan rumah kami..



nin buah nya.. sedap bangat.. macam makan strawberi lahhh.. 
p/s : gambaq nih kami dapat kat internet.. terima kasih kat owner
buah yang depan rumah kami tak banyak yang masak.. 

meh tengok sini pasai apa me exsaited sangat dengan pokok neh... note nih me copy paste nah.. thank you for the blog for sharing.. me lupa dah link dia.. esok2 me carik and tempek kat sini..





Khasiat buah Mulberry ialah :

1.  Pokok Mulberry adalah makanan utama ulat sutera terutama daunnya. Maka disebabkan itulah jika di Malaysia, daun pokok Mulberry dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram.

2. Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas.

3. Kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.

4. Bagi masyarakat di negara China, selain buahnya boleh dimakan segar atau dibuat jem, terdapat juga kegunaan lain. Secara tradisionalnya, buah Mulberry telah digunakan sebagai agen ubatan bagi memberi khasiat kepada yin dan darah, memberi kebaikan kepada buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban.


5. Buah Mulberry turut digunakan untuk merawat masalah ketidak-bolehan mengawal keluarnya air kencing, pening dan masalah sembelit warga tua.

6. Buah yang telah dikeringkan juga boleh dijadikan sebagai pengganti raisin.

7. Buah Mulberry juga dikatakan mampu memberi khasiat dan merangsang penghasilan cecair badan. Mereka yang mengalami masalah kekurangan cecair, mulut mereka anak kering dan lidah terasa panas. Elok juga mereka makan buah ini bagi memberi khasiat dan menambahkan cecair badan.

8. Buah mulberi ini juga sesuai kepada mereka yang mempunyai masalah mata kering akibat keletihan mata dan akibat bekerja dengan cara mengambil jus mulberi .

9. Buah mulberi juga mengandungi unsur-unsur khasiat seperti mineral dan vitamin. Dikatakan dengan memakan buah Mulberry, mampu membantu menyembuhkan penyakit kronik pada saluran pencernaan, merangsang rembesan cecair gastrik, menguatkan kebolehan bagi mencerna dan menyerap, memperbaiki selera makan dan membuang kembung perut dan sembelit.

10. Wanita yang mengalami simptom-simptom seperti anemia, kepucatan, rasa , sukar untuk tidur dan jantung berdebar-debar dengan kerap terutamanya selepas melahirkan bayi, bolehlah mengambil jus mulberi dengan kerap bagi mengurangkan simptom-simptom tersebut. Ubat kebas tangan dan kaki.

11. Daun mulberi pula dikatakan boleh direbus dan digunakan sebagai ubat mencuci mata yang merah dan bengkak. Daun yang telah kering pula dikatakan boleh dicampur dengan air mendidih atau direbus. Air ini dikatakan boleh diminum untuk tujuan membersihkan tubuh badan, merangsang peluh, ubat batuk, demam panas dan selsema. Daun yang telah dipanaskan pula dikatakan boleh disapu minyak dan dijadikan sebagai ubat tampal pada luka yang parah.

12. Bagi mereka yang mengalami masalah gigitan atau sengatan serangga, daun yang telah ditumbuk lumat boleh dijadikan sebagai ubat tampal pada bekas gigitan atau sengatan serangga tersebut.

13. Jika mengalami masalah tangan atau kaki yang , bolehlah mengambil getah daripada daun atau ranting mulberi, kemudiannya gosokkan pada bahagian yang kebas.

14. Akar pokok boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat asma, batuk, busung, melawaskan pembuangan air kecil dan radang. Air rebusan kulit pokok mulberi pula dikatakan boleh diminum untuk merawat sistem pernafasan, asma, batuk, bronchitis, busung, menyingkirkan kahak dan hingus, tekanan darah tinggi, kebas tangan atau kaki.

15. Ranting kering pokok mulberi pula dikatakan boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat demam panas dan mengatasi rasa sakit.



Cara penanamannya: 

potong keratan batang yang telah tua (berwarna coklat) lebih kurang 5-6 inci (pastikan mata tunas tidak rosak) kemudian tusukkan serong (tegak pun boleh,ikut suka) ke dalam tanah /tapak semaian/polibag/pasu. (boleh juga gunakan penggalak akar jika ada duit lebih).

Kemudian pastikan pada peringkat permulaan perlu disiram atau mesti kena air sentiasa bagi mempercepatkan proses percambahan/pembentukan tunas (mengambil masa 3-5 hari untuk bercambah bergantung penjagaan). Dah besar tak perlu siram lagi cukup air hujan je.

Boleh juga guna apa-apa baja organik yang murah2 .  Pokok Ini mulai berbuah dalam umur 3-4 minggu syarat mesti trim daunnya. pokok yang berusia 1 tahun dan telah berbuah lebat, tingginya sekarang telah mencecah lebih kurang rumah satu tingkat.

Tips : Kalau ingin berbuah cepat dan lebat pastikan daun mesti di trim selalu dan baja yang cukup.

Monday, April 27, 2015

Edisi Repeat : Hotel Grand Alora, Alor Setar



assalamualaikum..
Alhamdulillah.. hari ni nak cita pasal edisi kami merepeat ke Hotel Grand Alora, Mergong, Alor Setar, Kedah..

acelli unplanned plan pun nak stay sini..me mencari hotel area Batu Feringgi/Tanjung Bungah saja actually, bila time searching hotel, its too long list lah.. pastu dia mai malas nak fikir as its too many choices and masa kian suntuk for booking..

last decided to stay here again.. lagipun trip ni memang semata nak stay hotel.. this has been requested sooo long by our cheeky Miss Sunshine.. which sangat suka stay kat hotel.. duhhhhhh budak-budak zaman sekarang.. dia bukan nak pi mana jer.. nak lepak hotel jer.. boleh plak gitu si anak bertuah..
and alhamdulillah me manage to re-arrange all her tuition classes and martial art class on Satuday to other day.. so we proceed lah..



settle check in and trus masuk bilik at this hour.. 


xdak keja.. gambaq toilet pun belasah..
nak ambil gambaq cam katil semua memang tak laa kan..
trus depa ligan.. 


like a boss haaaaa budak kecik.. 


previously me pernah cakap kat entry birthday Miss Sunshine nak repeat mai sini sebab tak sempat nak fully explore and kiddos not even sempat mandi pool.. so kali ni kami explore lah.. and sempat lah bebudak main kat pool and mummy also try their gym too..

pool depa tak laa soo big-big.. 
but boleh laa pelepaih hajat bebudak kan.. 






daddy busyyyyy... 


lebaq senyum aihhh.. seronok sangat lah kan..

.............

esok nya mummy try gym depa.. 
boleh laa kan.. 


panjat hat ni ja pun.. 


hat ni memang tak lahhh.. 



so rating still good good.. breakfast ohsem!! me really makan sampai full! bread puding di sodapp!!.. even tak snap apa-apa picture.. acelli agak terganggu dengan one family with their twin.. sangat lah macam pasar anak bertempik-tempik .. adoooooiii spoil lah!! si emak plak just sesenyum ala-ala perasan dia cecantik orang duk tengok family depa.. padahal orang meluat hokeh! orang bagi hampa hint supaya suh anak hampa duk diam-diam.. hotel kot.. haishhh..

and as mentioned dekat my previous entry.. if hampa nak makan apa-apa sangat mudah coz depan bebetul ada Tesco.. kiri kanan sebelah hotel ni ada macam-macam kedai.. and malam plak ada stall kat area situ.. makanan pun not bad.. mudah hampa nak makan..  kami turun makan dekat area stall tuh and si anak bising why we just cant stay in hotel saja dia dah mengantuk la apa la padahal baru pukul 8++.... aishhh teruk btul lah dia tau..

so if interested to stay chuols better booking online coz hampa bleh safe up to RM40 per booking tau.. its so easy.. dalam 10 minit saja hampa dapat confirmation.. korang bleh pi kat website depa.. but if korang nak hotel view hill ka.. or beach ka.. bukan dia laa.. nanti me review hotel lain pulak yer.. next hotel will be beach view plak.. okeh.. hehehe..


while daddy settling checkout.. 
she still try her luck.. "why we have to go back.. why cant we stay.. "
adoooii.. esok skool lah adikkkkk... 


and this trip memang we all totally stay kat hotel saja.. hahaha.. and staying at hotel might be our monthly activity kot later.. nak wat camana anak ceq suka lagu tuh..

========================================================================

dah check out.. memang trus ke Penang.. about to singgah at SP.. and tetiba rasa cam malas pulak nak berenti sebab budak-budak sambung tidoq lagi lam keta.. almaklumlah dah wake up awal nak repeat mandi kolam..

but suddenly daddy change mind nak pegi fishing dulu sebelum balik rumah.. hahahaha.. gian lah tuhhh.. so, we all lepak dulu bawah 2nd bridge penang.. teman kan daddy fishing..




daddy pelepas gian fishing.. huhuhu



budak yang selalu duk mengacau.. 

sekian cerita weekend.. minggu depan cuti 4 hari.. planning something tapi.. Miss Sunshine plak ada tournament on 2nd May.. tak sempat nak membooking apa-apa dah kot.. kita tengok later last minutes plan apa jadi pulak..

ok lah sekian lah nah..

Assalamualaikum

Thursday, April 23, 2015

See You Again..



lagu nih best.. bila dengar.. eh tertouching pulak.. hahahaha..




See You Again..

It's been a long day without you, my friend
And I'll tell you all about it when I see you again
We've come a long way from where we began
Oh, I'll tell you all about it when I see you again
When I see you again

Damn, who knew?
All the planes we flew
Good things we've been through
That I'll be standing right here talking to you
About another path
I know we loved to hit the road and laugh
But something told me that it wouldn't last
Had to switch up
Look at things different see the bigger picture
Those were the days
Hard work forever pays
Now I see you in a better place

How could we not talk about family when family's all that we got?
Everything I went through you were standing there by my side
And now you gonna be with me for the last ride

It's been a long day without you, my friend
And I'll tell you all about it when I see you again (I see you again)
We've come a long way (yeah, we came a long way) from where we began (you know we started)
Oh, I'll tell you all about it when I see you again (let me tell you)
When I see you again

First you both go out your way
And the vibe is feeling strong
And what's small turn to a friendship
A friendship turn into a bond
And that bond will never be broken
And the love will never get lost (and the love will never get lost)
And when brotherhood come first
Then the line will never be crossed
Established it on our own
When that line had to be drawn
And that line is what we reach
So remember me when I'm gone (remember me while I'm gone)

How could we not talk about family when family's all that we got?
Everything I went through you were standing there by my side
And now you gonna be with me for the last ride

So let the light guide your way, yeah
Hold every memory as you go
And every road you take will always lead you home, home

It's been a long day without you, my friend
And I'll tell you all about it when I see you again
We've come a long way from where we began
Oh, I'll tell you all about it when I see you again
When I see you again

When I see you again
When I see you again

========
LadyofGee

Wednesday, April 22, 2015

Potret



lama dah tak update lagu kan? hahahaha..
hat suka dengaq selalu boleh la sesekali hapdet kat blog..
akuastik lagi layan.. huhuhuhu..




Lirik Lagu : Potret
Artis : Akim & The Majistret
Album : Single (2015)

Terangi malam ku dengan syair indah mu
Merenung kasih dalam sepi yang terasing
Saat kau pergi, lemas ku bila tiada mu

Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi

Engkau bagaikan bintang-bintang di angkasa
Hanya mampu melihat kamu yang terbiar
Walaupun sakit, walaupun pedih tak berdaya

Berjalan tenang menghampiri persisiran
Melakar namamu di sisi pasir pantai
Pastinya hilang, tidak rasaku kepadamu

Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi

Jauh terbawa lukisan hatimu
Warna pelangi hiasan terindah
Hati ini tak akan terbahagi
Sampai harus ku pergi

Menuju aku kepadamu jadi satu
Meraih kasih kita

Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi

Jauh terbawa lukisan hatimu
Warna pelangi hiasan terindah
Hati ini tak akan terbahagi
Sampai harus ku pergi

LadyofGee..

Tuesday, April 21, 2015

Budak Transit....



her busy schedule..

on Saturday.. pagi ada 2 hours tuition.. gap satu jam.. got another class pulak.. so, daripada bawak dia balik rumah and run up and down nak hantar dia ke class pulak.. we just transit jer lah.. lepak sat lam keta.. makan aiskrim ka apa ka.. tukaq baju.. then trus masuk class.. sat saja pun..




our busy schedule..

with SJKC of course keja sekolah banyak lah sangat lah haaiii..
at the same time mummy and daddy ada kerja yang perlu kami settlekan..
especially weekend or kekadang mummy and daddy kena outing malam2 jumpa customer or kami ada penghantaran #Keropok Lekor Ori Ganu Kite
so bawak la semua gerombolan yang ada segala mak nek stationaries dia.. and bring all together homeworks.. mana ada kesempatan kat situ jugak buat homework dia..
just want to cut it short so that balik rumah siapkan yang belen-belen saja and banyak sikit masa dia rest..


kita susah-susah dulu.. senang lenang kemudian yer dik.. my good girl.. 


Assalamualaikum..
LadyofGee

Monday, April 20, 2015

Apa ada pada semalam..

ada cerita kelam kabut..

last week opis keja banyak... plus banyak aktiviti and banyak lah jugak meeting.. meeting pasai projek.. meeting pasai lah macam2..

last week sibuk baca buku coz ada exam on Thursday..
so.. keja membaca lah.. and tidooo.. set alarm and keep on snooze.. tuan dia mana mimpi pun tak tau..


last week on Thursday ada exam Law ko.. huk huk huk.. sampai senget benget jari kejung menenyeh menjawab paper yang soalan nya kompom lah subjektif..

lepas exam dapat 5 keping BB1M.. alhamdulillah.. nih yang best jadi student.. hahahaha.. hat nih jer lah yang best kot.. sekali setahun.. tapi tahun lepas tak dapat.. depa pedajal cheq..



last week on Friday sambung cuti.. dating with my laling..memang dalam setahun beberapa hari akan ambil cuti bersama-sama mencuri masa dari kesibukan schedule memasing, dating sesuka hati pegi mana2 makan2 and tengok wayang.. aktivi berdating mula dengan pi JPJ re-new lesen.. lepaih tu kami lepak2 kat Gurney Plaza.. tengok wayang, layan movie FF7, pastu lepak-lepak lagi.. teringat ada BB1M, shopping plak buku-bukuan which tahun ni memang tak boleh beli stationaries langsung instead of few years back sesuka hati, last years 20% untuk stationaries, this year 100% ko.. hummphhhhh... so, habuan buat si nakdara beta lah kan.. tuh pun ada lagi 2 keping ko bila lah nak pi tak tau..


yang ni coming soon.. saja pi snap pic bebanyak..
sebab tau dah Miss Sunshine memang suka cek galery phone mummy dia..
lepaih tu.. hahahaha.. melalak laa soal bebanyak.. why she's not in the scene..


lewat sikit nontonnya.. but always our favret.. wajib tonton every movie kat cinema..
kalau tanya pasal feedback.. kena tengok banyak kali..
kali nih banyak main dengan emosi sikit for me.. 
but for sure.. Roman are crazy like always.. hahaha.. 


posing yang wajib ada lah kan kalau pi layan muvie..


lepas tu lepak bookstore.. 
perabih BB1M.. semua habuan nakdara beta..
ada lagi belen 2 keping.. huhuhu..


last week on Saturday unplanned plan, rushed ke NAVAL Lumut.. dapat perkhabaran family member sakit so.. lepas Miss Sunshine settle kelas and martial art class.. we rushing there.. sesambil buat penghantaran keropok lekor Ori Ganu Kite kat adik bertuah si navy sorang nih..hari tuh merajuk tak dak transport nak hantaq pi sana.. hahaha..


otw.. via 2nd Penang Bridge
around 4 kami gerak.. 


reached around 8 pm.. sebab drive relax2 tak rushing sangat..
waiting for our brother here.. nak kena tunggu dia la settle semua sebelum kami semua masuk..
bukan senang oooii nak masuk sini.. huhuhu..


ok, dah dapat pass.. lets go.. 


kalau tak escort kelaut jugak nak sampai hospital.. 
mamat nih terror sangat lah nama pun tempat dia.. 



lepak sembang pom pang pom pang.. 
sesekali jumpa.. sembang mau tau laa kan.. 


budak2 pun sama mainnnn.. saja..
sesekali kesian jugak kat pesakit - pesakit lain.. 
tapi depa macam sporting saja.. dalam hati tak tau ler.. erkk!!! hahaaha


plan nak balik pukul 10 lelebih..
dah lepas hospital berenti makan sembang pom pang pom pang lagi..
plan memacam lagi.. sekali 1.30pagi kot gerak.. 
sampai rumah 4 pagi ko... hambik.. 


last week on Sunday.. ada penghantaran keropok lekor Ori Ganu Kite lagi ke Sungai Petani pulak.. keja berjalan jer lah si anak-anak.. homework pun buat dalam kereta saja.. hahaha


since dia behave.. and buat homework pun dalam kereta.. 
kita bawa dia mai kedai survenior favret dia kat SP nih.. 
duk pusing pi mai pi mai dengan eksaited nyer.. 
tapi tak mintak apa-apa.. but me bought something kat dia tanpa pengetahuan dia.. 
balik baru dia tau.. hehehehe.. 
dah diasuh macam tuh.. so alhamdulillah anak tak pandai melalak-lalak berguling dalam kedai mintak sesuatu.. you just perhati apa barang yang dia duk ulang tengok banyak kali..
and yang dia duk bagitau cantik ka suka ka banyak kali..
belakang you belikan lah kalau reasonable.. balik rumah.. kita bagi dia.. 


ok, setakat itu lah sahaja dahulu cerita hectic chaotic segala.. and akan berterusan lah selagi kami mampu.. tapi alhamdulillah.. kami happy setakat nih dengan aktiviti ini.. doa kan yang baik-baik saja buat kami ya..

Assalamualaikum..

LadyOfGee..